Sri Lanka atasi tuan rumah dengan lapan wiket

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan mudah; lapan wiket ke atas tuan rumah, Melayu Malaysia dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 5 April 2017.

Melayu Malaysia diratah apabila Sri Lanka mengehadkan larian setakat 34 dalam 29.4 over. Pelawat mengatasi angka sasaran dalam 13.5 over.

Dengan keputusan 5 April, Sri Lanka berada dalam kedudukan teratas kumpulan manakala Afrika Selatan di tangga kedua apabila menumbangkan Bangladesh dengan 17 larian di Kelab Aman.

''Berdasarkan dua kemenangan, kami akan meneruskan misi memburu kejuaraan. Kami terlalu serius walaupun atas kertas Sri Lanka dilihat boleh mempertahankan gelaran,'' kata jurulatih Afrika Selatan Riaaz Teladia.

Pertandingan tahunan merebut Trofi Tuanku Ja'afar dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004.

KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 8 wiket.
Melayu Malaysia 34 (29.4 over) Irfaq Yusoff 12.  Amitha Dabare 4-8, Prashan Kalhara 3-6. 
Sri Lanka 37-2 (13.5 over) Yesith Randunu Rupasinghe kekal 21.
Pemain terbaik: Amitha Dabare (Sri Lanka).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Afrika Selatan kalahkan Bangladesh dengan 17 larian.
Afrika Selatan 139 (36.5 over) Kai Slade Curran 39, Matthew Klusener kekal 25, Ross Dowman 15, Zander Potgieter 14, Darian Naidoo 14.  Md. Jahidul Hasan 5-14, Mohammad Amin Rasul 2-23.   
Bangladesh 122 (38 over) Mohammad Shadman Wahi 29,  Maherab Hossain Prodhan Raghib 21, Md. Foysal Rahman 12, Md. Jahidul Hasan 12, Md. Rakunul Abedin Joy 10, Ziaulhoque Mahim Chowdhury 10.  Matthew Klusener 3-15, Ian Sherwood 3-22, Sohail Munnik 2-22.
Pemain terbaik: Matthew Klusener (Afrika Selatan).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
Referi perlawanan: Norhizan Zainol (JOH).

JADUAL 6 APRIL 2017:
 
MELAYU MALAYSIA lwn BANGLADESH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
AFRIKA SELATAN lwn SRI LANKA
(Kelab Aman, 9 pagi)