Sri Lanka, Afrika Selatan kuasai hari pertama

KUALA LUMPUR  - Sri Lanka dan Afrika Selatan menguasai hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan mudah ke atas lawan masing-masing pada 4 April 2017.

Juara bertahan Sri Lanka mengatasi Bangladesh dengan 68 larian di Kelab Aman. Tuan rumah, Melayu Malaysia pula tumpas 56 larian kepada Afrika Selatan di Bayuemas Oval, Klang.

Pertarungan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar yang memperuntukkan 40 over itu menyaksikan kedua-dua pasukan yang menang tidak mampu menghimpun angka tinggi. 

''Barisan kami terganggu awal dengan lantunan di lapangan tengah dan pemukul bersikap lebih berhati-hati,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, Kapila Jayalath.

Sri Lanka mengumpulkan 150 larian tetapi Bangladesh hanya membalas setakat 82 larian untuk sembilan wiket.

Afrika Selatan pula menghimpun 143 dalam 38.2 over. Melayu Malaysia bermula baik tetapi selepas 20 over di lapangan, barisan pemukul hilang tumpuan dan terhenti pukulan setakat 87.


KEPUTUSAN:

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 56 larian.
Afrika Selatan 143 (38.2 over) Zander Potgieter 35, Kai Slade Curran 25, Darian Naidoo 20, Tristan Perez 15, Aidan Plaatjies 10.  Aminuddin Zaki Kamal Ariffin 4-33, Rahman Razali 2-24.    
Melayu Malaysia 87 (34.5 over) Irfaq Yusoff 23, Hazriq Azmir 12, Aminuddin Zaki Kamal Ariffin kekal 10.     
Pemain terbaik: Kai Slade Curran (Afrika Selatan).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 68 larian.
Sri Lanka 150 (40 over) Pavan Rathnayake 41, Sukitha Manoj 35, Prashan Kalhara kekal 32.  Mohamad Amin Rasul 2-27, Arham Faiyaz 2-32. 
Bangladesh 82-9 (40 over) Mohammad Shadman Wahi kekal 17, Md. Rakunul Abedin Joy 17, Maherab Hossain Prodhan Raghib 11, Ziaulhoque Mahim Chowdhury kekal 10.  Prashan Kalhara 3-10, Amitha Dabare 2-21.
Pemain terbaik: Prashan Kalhara (Sri Lanka).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
Referi perlawanan: Norhizan Zainol (JOH).
 
JADUAL 5 APRIL 2017:
 
MELAYU MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
BANGLADESH lwn AFRIKA SELATAN
(Kelab Aman, 9 pagi)