UKM juara benam Negeri Sembilan dengan 132 larian

KUALA LUMPUR  - Universiti Kebangsaan Malaysia memenangi kejuaraan Kriket Antara Negeri sekali gus merangkul Perisai Raja-Raja apabila membenam Negeri Sembilan dengan 132 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 12 Mac 2017.

Gandingan wiket pertama antara pembuka pukulan, Norhamizan Hamidon (70 larian) dan Azman Tajri (60) membawa kecemerlangan UKM bagi mengumpulkan 264-9 dalam peruntukan 50 over.

''Kami menjangkakan permulaan baik itu akan memudahkan laluan sebagai juara; ini terbukti,'' kata penyelaras UKM, Suhaimi Sulaiman.

Selepas sajian tengah hari, Negeri Sembilan kehilangan wiket pertama pada kedudukan 32 dan seterusnya kehilangan tiga pemukul lagi sewaktu 36 larian. 

''Kami terhenti pukulan setakat 132. UKM berjaya meratah beberapa pemukul utama kami,'' kata pengurus Negeri Sembilan, Harith Shariff.

Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid  turut sama menyaksikan perlawanan akhir kejohanan yang dianjurkan sejak tahun 1951.

KEPUTUSAN

UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 132 larian.
UKM 264-9 (50 over) Norhamizan Hamidon 70, Azman Tajri 60, Che Wan Razlan Zalati 36, Noor Afif Saufee 30, Ainool Hafizs Yatim 12.  Nik Azril Arifin 3-37, Faizshal Niaz-Lyn 2-29, Azwar Tajri 2-45.
Negeri Sembilan 132 (45.1 over) Nik Azril Arifin 43, Faizshal Niaz-Lyn 23, Fendi Alias 18, Norharif Hamidon 11, Azwar Tajri 10.  Amdam Wiliyoh 2-20, Nik Nabil Safwan Anuay 2-21, Amiruddin Azahar 2-22.
Pemain terbaik babak akhir: Norhamizan Hamidon (UKM).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Bertle Alex James (NS).