Negeri Sembilan atasi Tentera untuk ke babak akhir

KUALA LUMPUR  - Negeri Sembilan memastikan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri dengan kemenangan tiga wiket ke atas Angkatan Tentera di Bayuemas Oval pada 11 Mac 2017.

Dengan memeranjatkan Tentera yang terhenti pukulan setakat 130 larian, Negeri Sembilan terus menguasai sesi permainan selepas sajian tengah hari apabila melakukan 133-7 dalam 46.3 over.

''Peluang sebegini akan digunakan sepenuhnya dalam perlawanan akhir menentang Universiti Kebangsaan Malaysia esok. Kami mahu menang lagi dan merangkul Perisai Raja-Raja,'' kata pengurus Negeri Sembilan, Harith Shariff.

Dalam satu lagi separuh akhir di Kajang Oval, Universiti Kebangsaan Malaysia mudah menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan tujuh wiket.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan pertandingan tahunan itu sejak tahun 1951

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Tentera dengan 3 wiket.
Tentera 130 (40.1 over) Khairul Iman Moner 27, Na’im Nazley 15, Amir Azim Shukor 15, Hairil Anuar 14, Nazri Noor 11.  Nik Azril Arifin 3-21, Islah Muhaimin Zol 2-21, Hafiz Zaman Huri 2-35.
Negeri Sembilan 133-7 (46.3 over) Nik Azril Arifin kekal 31, Faizshal Niaz-Lyn 20, Norharif Hamidon 17, Hafiz Zaman Huri 17, Ikhwan Faiz Johari 12.  Bakri Amin Zulkifli 2-11, Amir Azim Shukor 2-29. 
Pemain terbaik: Nik Azril Arifin (NS).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
 
UKM kalahkan UiTM dengan 7 wiket.
UiTM 60 (20.5 over) Izzat Mustafa Albakri 26.  Nik Nabil Safwan Anuay 4-28, Fauzan Malik 2-11, Amdam Wiliyoh 2-16. 
UKM 63-3 (14.5 over) Adzim Yahaya kekal 16, Azman Tajri kekal 16, Norhamizan Hamidon 15. 
Pemain terbaik: Nik Nabil Safwan Anuay (UKM).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Ariffin Ramly (NS).
 
JADUAL 12 MAC 2017
BABAK AKHIR:
 
NEGERI SEMBILAN lwn UKM
(Bayuemas Oval, 9 pagi)