UKM, Tentera mudah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR  - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Angkatan Tentera masing-masing menduduki tangga paling atas kumpulan untuk selesa ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.

Dalam separuh akhir pertandingan bagi merebut Perisai Raja-Raja 11 Mac 2017, UKM akan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala Negeri Sembilan bertemu Tentera.

Dalam pertemuan 9 Maci, UKM membaham Sabah dengan 193 larian di Bayuemas Oval. Di Kajang Oval pula, Terengganu kecundang tujuh wiket kepada Tentera/

''Jelas bahawa dua pasukan pilihan, UKM dan Tentera mudah ke separuh akhir dan kedua-dua pasukan ini nampaknya bakal berentap dalam babak akhir kelak,'' kata pengarah kejohanan, Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin. 

Pertandingan yang bermula sejak tahun 1951 itu merupakan antara kejohanan ternama yang dikendalikan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
 
KEPUTUSAN:
UKM kalahkan Sabah dengan 193 larian.
UKM 244 (48.4 over) Adzim Yahaya 50, Noor Afif Saufee 50, Che Wan Razlan Zalati 30, Ainool Hafizs Yatim 26, Amdam Wiliyoh 24.  Aidil Afzan Rizuan 3-20, Mubin Salahuddin 2-16, Hamzah Amat 2-50.
Sabah 51 (21.2 over) Mubin Salahuddin 11, Fauzi Arifin 11.  Fauzan Malik 4-8, Nik Nabil Safwan Anuay 3-19. 
Pemain terbaik: Fauzan Malik (UKM).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).

Tentera kalahkan Terengganu dengan 7 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 46 over kerana padang basah.
Terengganu 104 (33.5 over) Mat Jimie Ali 28, Zahid Adnan 18, Wan Anwar Alias kekal 16, Kairul Azrin Matsiah 15.  Muhsin Johari 4-21, Khairul Iman Moner 3-20.   
Tentera 105-3 (16 over) Khairul Iman Moner kekal 42, Ibrahim Khalil Zakaria 30, Ammar Uzair Fakri 21.    
Pemain terbaik: Khairul Iman Moner (Tentera).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Bertle Alex James (NS).
 
JADUAL 11 MAC 2017:
(SEPARUH AKHIR):
 
TENTERA lwn NEGERI SEMBILAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
UKM lwn UiTM
(Kajang Oval, 9 pagi)