Negeri Sembilan atasi Sabah dengan 4 larian

KUALA LUMPUR  - Negeri Sembilan menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila menang tipis ke atas Sabah dengan empat larian di Bayuemas Oval dekat sini pada 8 Mac 2017.

Bertarung dengan larian rendah (119 larian) untuk dipertahankan, Negeri Sembilan mampu mengehadkan lawan setakat 115 bagi memastikan kemenangan setelah kalah 152 larian kepada Universiti Kebangsaan Malaysia sehari sebelum itu.

Dalam pertemuan di Kajang Oval, Tentera menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM0 dengan lima wiket.

''Kegarangan dalam pertemuan pertama  tidak dapat diulangi. Apapun kami breharap dapat menyerapkan ke separuh akhir pertarungan merebut Perisai Raja-Raja Sabtu ini,'' kata jurulatih UiTM dari Sri Lanka, Chamath Perera.

KEPUTUSAN:
Negeri Sembilan kalahkan Sabah dengan 4 larian.
Negeri Sembilan 119 (38.1 over) Azwar Tajri 46, Faizshal Niaz-Lyn 37.  Ammar Rahim 4-20, Badrul Naim Noor 2-6, Fauzi Arifin 2-15.
Sabah 115 (36 over) Hamzah Amat 22, Mubin Salahuddin 13, Fauzi Arifin kekal 12, Jazlan Jasmin 10.  Hafiz Zaman Huri 3-23, Fendi Alias 3-27, Faizshal Niaz-Lyn 2-4.
Pemain terbaik: Faizshal Niaz-Lyn (NS).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
 
Tentera kalahkan UiTM dengan 5 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 35 over kerana padang basah.
UiTM 107 (30.2 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 47, Amir Haziq Amir kekal 20.  Asby Tan Aris 5-19, Amir Azim Shukor 2-21.   
Tentera 113-5 (21.3 over) Khairul Iman Moner 37, Na’im Nazley 26, Ammar Uzair Fakri 23.  Rasul Iqbal Ghazali 3-40.
Pemain terbaik: Asby Tan Aris (Tentera).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
 
JADUAL 9 MAC 2017:
 
UKM lwn SABAH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
TENTERA lwn TERENGGANU
(Kajang Oval, 9 pagi)