UKM, UiTM menang besar dalam pembukaan

KUALA LUMPUR - Pasukan pilihan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menang besar dengan 152 larian ke atas Negeri Sembilan dalam pembukaan Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Kajang Oval dekat sini pada 7 Mac 2017.

Bermain hanya dalam 35 over kerana gangguan hujan pada sebelah pagi, UKM melakukan 237-9 dengan pembuka pukulan Norhamizan Hamidon mengumpulkan 73 larian.

Negeri Sembilan cuma membalas dengan 85 larian dalam 25.4 over.

Dalam satu lagi perlawanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membaham Terengganu dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval. 

Malang bagi Terengganu apabila hanya mengumpulkan 61 dengan pemain veteran Kairul Azrin Matsiah menyumbang 20 larian. 

UiTM mengejar dan melepasi angka lawan dalam 10.3 over.

Kejohanan yang dipertandingkan sejak tahun 1951 dianjurkan secara tahunan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia. 

KEPUTUSAN:

UiTM kalahkan Terengganu dengan 9 wiket.
Terengganu 61 (26.2 over) Kairul Azrin Matsiah 20.  Mahathir Razali 4-13, Jihad Fayez Jailani 3-14.
UiTM 62-1 (10.3 over) Zubair Asyraf Nor Azmi kekal 33, Mahathir Razali kekal 10, Izzat Mustafa Albakri 10.  
Pemain terbaik: Mahathir Razali (UiTM).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ariffin Ramly (NS).
 
UKM kalahkan Negeri Sembilan dengan 152 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 35 over kerana hujan.
UKM 237-9 (35 over) Norhamizan Hamidon 73, Che Wan Razlan Zalati 44, Sudarmin Darwis 24, Azman Tajri 23, Adzim Yahaya 15, Fauzan Malik kekal 13.  Nik Nazran Sufri Anuay 3-42, Fendi Alias 2-44, Hadi Halem 2-57. 
Negeri Sembilan 85 (25.4 over) Azwar Tajri 20, Amirul Zubair Zulkifle 16, Faizshal Niaz-Lyn 11, Fendi Alias 10, Irzuan Rais 10.  Amdam Wiliyoh 3-8, Ainool Hafizs Yatim 3-14, Fauzan Malik 2-16, Nik Nabil Safwan Anuay 2-27. 
Pemain terbaik: Norhamizan Hamidon (UKM).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Rudy Ismandi Mansor (PER).
 
JADUAL 8 MAC 2017:
 
SABAH lwn NEGERI SEMBILAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
TENTERA lwn UiTM
(Kajang Oval, 9 pagi)