Hakim julang cek SportExcel

PEMAIN Penang Free School, Pulau Pinang,  Hakim Harisan adalah antara yang menerima geran Yayasan Kecemerlangan Sukan (SportExcel) bagi musim 2017.

Hakim, 15, merupakan pemain Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia di sekolah berkenaan.

Dia merupakan penjaga wiket utama pasukan bawah 15 Melayu Malaysia dan telah dua  kali menyertai skuad latihan pendedahan di Sri Lanka pada tahun 2015 dan 2016.

Berasal dari Machang, Kelantan, Hakim juga berada dalam kumpulan Program Pembangunan Kriket Remaja (bawah 12) Kriket Melayu.