Melayu Malaysia cemerlang dalam acara bawah 15

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia melengkapkan kecemerlangan dalam acara bawah 15 Trofi Melayu Antarabangsa apabila menyingkirkan Melayu Afrika Selatan dengan 123 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 25 Disember 2016.

Dengan kemenangan 25 Disember, Melayu Malaysia memenangi ketiga-tiga pertemuan ujian 40 over sakali gus menjulang Trofi Mir Shahariman sebagai juara mutlak kategori remaja itu.


Dalam pertemuan pertama, Khamis lepas, Melayu Malaysia menang dengan 20 larian diikuti sehari kemudian dengan kejayaan 17 larian ke atas Afrika Selatan yang merupakan juara pertandingan terdahulu di Cape Town.

Bermula dengan begitu berkesan di lapangan  tengah 25 Disember, Melayu Malaysia memukul sehingga 193-6 dalam 40 over dengan pemain dari Kuala Krai, Kelantan, Irfaq Yusoff mengumpulkan 48 larian manakala kapten tuan rumah, Haiqal Khair 34 tanpa tewas.

Afrika Selatan masih belum berkemampuan pada ujian ketiga itu apabila cuma membalas setakat 70 larian.

''Kami puas hati dengan pencapaian kali ini. Tahniah kepada pasukan bawah 15 dan kami akan memastikan segala kelemahan diperbaiki segera,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Khailani A. Jalil.

KEPUTUSAN

BAWAH 15
Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 123 larian.
Melayu Malaysia 193-6 (40 over) Irfaq Yusoff 48, Haiqal Khair kekal 34, Farouq Mustakim 29, Iz’aan Asri 12.  Ahmed Ridhaa Shah 2-46.     
Melayu Afrika Selatan 70 (33 over) Ahmed Ridhaa Shah 27, Yaaseen Parker 13, Rayyaan Abrahams 13.  Nur Ainoll Aziz 4-13, Vishvaruben Kumar 3-6.
Pemain terbaik: Irfaq Yusoff (Melayu Malaysia).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (MAS) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).
 
JADUAL HARI INI:
 
Babak Akhir Senior
MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)