Melayu Malaysia menang besar, mara ke babak akhir

KUALA LUMPUR  - Melayu Malaysia bergaya dengan kemenangan besar; lapan wiket ke atas Melayu Afrika Selatan dalam penentuan ke babak akhir acara senior saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini, 24 Disember 2016.

Dengan kejayaan berkenaan, tuan rumah menduduki tangga paling atas dengan memperolehi purata larian bersih berjumlah 0.683 dikuti Afrika Selatan 0.067 manakala Sri Lanka di tempat ketiga dengan -0.763.


Walaupun ketiga-tiga pasukan memiliki enam mata, Sri Lanka terkeluar daripada pertemuan babak akhir berdasarkan kepada purata larian bersih negatif.

Pengurus Melayu Malaysia, Azmi A. Majid mengalu-alukan pertemuan semula dengan Afrika Selatan dalam perlawanan penentu juara Isnin ini (26 Disember).

''Kedua-dua pasukan mempunyai peluang terbuka tetapi tuan rumah mahu memastikan trofi kejuaraan tidak 'terbang; ke Cape Town,'' katanya.

Juara bertahan, Afrika Selatan memulakan pukulan dengan mengumpulkan 155-8 dalam peruntukan 40 over.  Melayu Malaysia kemudian membalas dari kedudukan 37-2 dalam sepuluh over hingga berjaya mengatasi angka lawan apabila mengumpulkan 156-2 dalam 35.4 over. Norwira Zazmie A. Halim (76 tanpa tewas) dan Suharril Fetri Shuib (kekal 52) kekal di lapangan tengah untuk memastikan Melayu Malaysia bergaya dengan kemenangan lapan wiket.

KEPUTUSAN:

SENIOR:

Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 8 wiket.
Melayu Afrika Selatan 155-8
(40 over) Mogamed Ra-ees Jamie 22, Riyaad Abrahams 21, Nkululeko Molale Serame kekal 20, Tohir Abrahams 19, Muzammil Sheik 17, Tawfeeq Moos 14, Daghlaan Fakier kekal 13.  Suharril Fetri Shuib 2-19, Shahrulnizam Yusof 2-26, Syazrul Ezat Idrus 2-29.
Melayu Malaysia 156-2 (35.4 over) Norwira Zazmie A. Halim kekal 76, Suharril Fetri Shuib kekal 52, Zubair Asyraf Nor Azmi 10.     
Pemain terbaik: Norwira Zazmie A. Halim (Melayu Malaysia).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (MAS) & Bertle Alex James (MAS).

JADUAL 25 DISEMBER2016:
 
Bawah 15

MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9 pagi)