Melayu Malaysia perlu menang besar untuk ke babak akhir

KUALA LUMPUR . - Melayu Malaysia perlu menang besar esok (24 Disember) dalam perhitungan ke babak akhir acara senior Trofi Melayu Antarabangsa XI berikutan kemenangan tidak dijangka Melayu Sri Lanka ke atas Melayu Afrika Selatan di Bayuemas Oval dekat sini pada 23 Disember 2016..

Walaupun hanya menang dengan 24 larian ke atas Afrika Selatan, Sri Lanka kini mengumpulkan enam mata bersama Afrika Selatan meninggalkan Melayu Malaysia yang hanya memiliki tiga mata.

Pengurus pasukan tuan rumah, Azmi A. Majid ternyata cemas dengan kedudukan terkini dan mengharapkan pasukannya menang besar esok apabila bertemu Afrika Selatan.

''Jika menang, ketiga-tiga pasukan akan memiliki enam mata tetapi Melayu Malaysia seharusnya cemerlang bagi memastikan purata larian bersih tinggi,'' katanya yang masih yakin skuad Melayu Malaysia boleh mengatasi lawan.

Sri Lanka memukul setakat 128 larian tetapi Afrika Selatan tersungkur pada kedudukan 104 dalam hanya 26.4 over.

Dalam acara bawah 15, Melayu Malaysia bernasib baik menang 17 larian ke Afrika Selatan berpandukan perkiraan Duckworth-Lewis berikutan gangguan hujan di Kelab Aman.


KEPUTUSAN:

SENIOR:
Melayu Sri Lanka kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 24 larian.
Melayu Sri Lanka 128 (31.3 over) Sanjaya Praneeth 31, Geeth Sameera 24, Chihan Singhawansa 19.  Isgak Martin 3-17, Nkululeko Molale Serame 3-31, Mujahid Isaacs 2-7. 
Melayu Afrika Selatan 104 (26.4 over) Tohir Abrahams 46, Mujahid Isaacs 14, Nkululeko Molale Serame 14.  Geeth Sameera 3-14, Sanjaya Praneeth 3-18, Chihan Singhawansa 3-29.
Pemain terbaik: Sanjaya Praneeth (Melayu Sri Lanka).
Pengadil: Ariffin Ramly (MAS) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).

BAWAH 15:
Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 17 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 114 larian dalam 31 over.
Melayu Malaysia 147 (39.4 over) Farouq Mustakim 60, Haiqal Khair kekal 25, Vishvaruben Kumar 19.  Ahmed Ridhaa Shah 3-56, Rihaz Fredericks 2-10.
Melayu Afrika Selatan 96 (30 over) Yaaseen Parker 54, Rameez Chicktay 21.  Zam Firdaus Nizam 2-4, Nur Ainoll Aziz 2-14, Hazriq Azmir 2-25, Vishvaruben Kumar 2-25.   
Pemain terbaik: Farouq Mustakim (Melayu Malaysia).
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS) & Bertle Alex James (MAS).
 
JADUAL 24 DISEMBER 2016
 
Senior
MELAYU AFRIKA SELATAN lwn MELAYU MALAYSIA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)