Melayu Malaysia baham Sri Lanka dengan 132 larian

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia meraikan dua kemenangan berasingan dalam saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa di sini pada 22 Disember 2016.

Pasukan senior membaham Melayu Sri Lanka dengan 132 larian di Bayuemas Oval, Klang yang menyaksikan lawan hanya mengumpulkan 35 larian; jumlah paling rendah dalam sejarah Trofi Melayu Antarabangsa sejak mula dipertandingkan pada 1999.  

Pasukan bawah 15 pula mengatasi Melayu Afrika Selatan dengan 20 larian di Kelab Aman. Pasukan tuan rumah melakukan 80 larian dalam perhitungan di lapangan tengah lembab manakala lawan kecundang setakat 60.

''Pasukan senior perlu menumpaskan juara bertahan (Afrika Selatan) dalam pertemuan Sabtu (24 Disember) untuk menghidupkan peluang ke babak akhir. Peluang masih terbuka.

''Bagi pasukan bawah 15, kemenangan Jumaat (23 Disember) akan memastikan kejuaraan mutlak,'' kata Naib Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.

Setelah bermula baik dengan kedudukan 56 tanpa wiket dalam sepuluh over awal, Melayu Malaysia mengumpulkan 167-7 dalam peruntukan 40 over di Bayuemas Oval. Sri Lanka tersentak dengan 29-4 dan seterusnya tumbang semua wiket dalam enam larian. 

KEPUTUSAN

Melayu Malaysia kalahkan Melayu Sri Lanka dengan 132 larian.
Melayu Malaysia 167-7 (40 over) Anwar Arudin 46, Suharril Fetri Shuib kekal 43, Che Wan Razlan Zalati 25, Zubair Asyraf Nor Azmi 20, Norwira Zazmie A. Halim 15.  Chihan Singhawansa 2-21, Geeth Sameera 2-38.
Melayu Sri Lanka 35 (15 over) Tuan Faris 14, Gihan Danushka 10.  Syazrul Ezat Idrus 7-18, Shahrulnizam Yusof 3-9.  
Pemain terbaik: Syazrul Ezat Idrus (Melayu Malaysia).
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS) & Bertle Alex James (MAS).
 
Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 20 larian.
Melayu Malaysia 80 (24 over) Rihaz Fredericks 4-13, Rameez Chicktay 3-6, Mogamad Ra-ee Samsodien 2-17.
Melayu Afrika Selatan 60 (30.2 over) Yaaseen Parker 25.  Vishvaruben Kumar 3-11, Hazriq Azmir 3-15, Nur Ainoll Aziz 2-8.  
Pemain terbaik: Vishvaruben Kumar (Melayu Malaysia).
Pengadil: Ariffin Ramly (MAS) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).
 
JADUAL 23 DISEMBER 2016:
 
Senior
MELAYU AFRIKA SELATAN lwn MELAYU SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

Bawah 15
MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Kelab Aman, 9 pagi)