Sri Lanka tipis atasi Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR  - Melayu Sri Lanka mencapai kemenangan pertama apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan tiga wiket dalam pertemuan senior saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa XI di Bayuemas Oval, dekat sini pada 20 Disember 2016.

Perlawanan yang diganggu hujan berkali-kali hanya diperuntukkan 27 over dengan Melayu Malaysia cuma melakukan 72 dalam sesi pukulan.


Dalam misi mengejar kemenangan, Sri Lanka turut digegar apabila kehilangan empat wiket pada kedudukan lapan larian di papan catatan. Tetapi pemukul lewat menerusi gandingan wiket kelapan telah memastikan kemenangan kepada pasukan itu walaupun secara tipis.

''Kami mahu menyerap ke babak akhir dan perlu menghadapi dua lagi perlawanan dengan bergaya,'' kata ketua rombongan Sri Lanka, MAB Sukri.

Melayu Malaysia yang sudah kecundang dua kali tetapi akan berusaha untuk memenangi kedua-dua baki perlawanan.

''Apa jua keputusan kami akan cuba untuk mengatasi lawan. Bagi saya, kami masih berpeluang,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Azmi A. Majid.

KEPUTUSAN:
 
Melayu Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 3 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 27 over kerana hujan.
Melayu Malaysia 72 (20 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 20, Noor Afif Saufee 19, Anwar Arudin 11.  Chihan Singhawansa 4-11, Sanjaya Praneeth 2-0, Gihan Danushka 2-8, Geeth Sameera 2-20.
Melayu Sri Lanka 75-7 (22.3 over) Sanjaya Praneeth kekal 18, Geeth Sameera 18, Mohamed Afnas kekal 13.  Rashid Ahad 2-11, Shahrulnizam Yusof 2-14, Syazrul Ezat Idrus 2-21.
Pemain terbaik: Sanjaya Praneeth (Melayu Sri Lanka).
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).
 
JADUAL 22 DISEMBER:
 
Senior
MELAYU SRI LANKA lwn MELAYU MALAYSIA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

Bawah 15
MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Kelab Aman, 9 pagi)