Melayu Malaysia menang acara T20 bawah 15

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia menyempurnakan permulaan baik dalam kategori  bawah 15 saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa XI dengan kemenangan 21 larian ke atas Melayu Afrika Selatan dalam acara Twenty20 di Bayuemas Oval dekat sini pada 19 Disember 2016.

Dengan melakar kejuaraan acara T20 itu, skuad bawah 15 tuan rumah akan lebih bersemangat mengharungi tiga ujian 40 over menentang skuad Afrika Selatan bermula 22 Disember.


Dengan meletakkan sasaran 100 untuk diatasi, pasukan Afrika Selatan itu kurang mengganas dan terhenti pukulan setakat 78-8 dalam peruntukan 20 over.

''Kami mengharapkan dapat menang semua tiga ujian berakhir 25 Disember untuk membuktikan kejuaraan menjadi milik kami semula,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Khailani A. Jalil.

Dalam pertemuan senior di Kelab Aman, Afrika Selatan memenangi perlawanan kedua apabila menumbangkan Sri Lanka dengan 22 larian.

Memukul terdahulu Afrika Selatan mengumpulkan 188-6 dalam peruntukan 40 over. Sri Lanka tidak berupaya dan hanya melakukan 166.

KEPUTUSAN:

TWENTY20 BAWAH 15:
Melayu Malaysia kalahkan Melayu Afrika Selatan dengan 21 larian.
Melayu Malaysia 99-7 (20 over) Hazriq Azmir 24, Farouq Mustakim 19, Haiqal Khair 15, Azim Mirza Nasir 13, Vishvaruben Kumar 12.  Ebrahiem Jonkers 3-7.
Melayu Afrika Selatan 78-8 (20 over) Yaaseen Parker 37, Umer Abrahams kekal 19, Imtiaz Salie 10.  Haiqal Khair 3-8.
Pemain terbaik: Haiqal Khair (Melayu Malaysia).
Pengadil: Bertle Alex James (MAS) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).

SENIOR:
Melayu Afrika Selatan kalahkan Melayu Sri Lanka dengan 22 larian.
Melayu Afrika Selatan 188-6 (40 over) Muzammil Sheik 44, Isma-eel Adams 42, Tohir Abrahams 39, Riyaad Abrahams kekal 15, Mogamed Ra-ees Jamie 12, Isgak Martin 10.   
Melayu Sri Lanka 166 (39 over) Thuwan Safran 23, Gihan Danushka 22, Sanjaya Praneeth 19, Thilan Madushanka 13, Tuan Faris 13, Ishan Madusanka 13, Isuru Kavinda 11, Chihan Singhawansa 11, Fouzul Anwer 10.  Daghlaan Fakier 3-13, Isgak Martin 2-16.
Pemain terbaik: Muzammil Sheik (Melayu Afrika Selatan).
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS) & Ariffin Ramly (MAS).

JADUAL 20 DISEMBER 2016:
 
Senior
MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9 pagi)