Afrika Selatan kuasai hari pembukaan

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Melayu Afrika Selatan menguasai pertemuan pembukaan kategori senior saingan kriket Trofi Melayu Antarabangsa XI apabila mengecewakan Melayu Malaysia dengan 32 larian di Bayuemas Oval, dekat sini pada 18 Disember 2016.

Melayu Malaysia bermula baik dalam misi mengejar sasaran Afrika Selatan yang melakukan 166-7 tetapi tidak dapat bertahan lama.

Tuan rumah teguh dengan kedudukan 98-3 (20 over) tetapi tumbang 116-8 dan seterus tertiarap pada angka 134 dalam 34.3 over.

''Kami akan memastikan permainan lebih seimbang dalam pertemuan menentang Sri Lanka Selasa (20 Disember)  ini,'' kata pengurus Melayu Malaysia Azmi A. Majid.

Afrika Selatan mahu mengulangi kegarangan dalam pertemuan dengan Sri Lanka 19 Disember dan memberi amaran bahawa mereka bakal menjuarai lagi pertandingan tahun ini.

''Kami ada dua lagi pemain hebat yang akan tiba esok untuk memastikan kejuaraan dalam pertandingan edisi ke-11 ini,'' pengurus Afrika Selatan, Fareed Abrahams.

KEPUTUSAN:

Melayu Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 32 larian.
Melayu Afrika Selatan 166-7 (40 over) Muzammil Sheik 56, Mujahid Isaacs 34, Isgak Martin 34.  Syazrul Ezat Idrus 3-20, Shahrulnizam Yusof 2-29.   
Melayu Malaysia 134 (34.3 over) Anwar Arudin 46, Faris Almas-Lee 22, Suharril Fetri Shuib 19, Wafiq Irfan Zarbani kekal 14.  Mujahid Isaacs 3-29, Daghlaan Fakier 2-18.    
Pemain terbaik: Mujahid Isaacs (Afrika Selatan).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (MAS) & Shafizan Shahriman (MAS).
 
JADUAL 19 DISEMBER 2016:
 
TWENTY20 BAWAH 15
MELAYU MALAYSIA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
 
SENIOR
MELAYU SRI LANKA lwn MELAYU AFRIKA SELATAN
(Kelab Aman, 9 pagi)