Kriket: Lima pertemuan dalam pendedahan akhir

KUALA LUMPUR  - Pasukan kirket bawah 18 Melayu Malaysia meneruskan siri latihan pendedahan di Perth, Australia dengan misi kecemerlangan dalam lima ujian mulai 7 hingga 13 Disember ini.

Latihan pendedahan yang dianggap terakhir sebelum direhatkan buat sementara masih mengutamakan lima pertemuan 50 over. Lima pasukan sama ditentang setiap tahun kecuali Kent Street High tidak dapat bersaing kali ini kerana terbabit dengan pertandingan tempatan. 

Apapun Christ Church Grammar menjadi pasukan terbaharu untuk pertemuan ujian di samping John Forrest College, Bedford Morley, Bayswater Morley dan Belridge College.

''Tahun lepas pasukan bawah 18 Melayu Malaysia menang tiga perlawanan serta kalah dua dan ini pencapaian seimbang kerana lima pasukan yang dicabar  merupakan antara barisan terbaik di bawah naungan Persatuan Kriket Australia Barat atau WACA,'' kata pengurus pasukan, Tan Eng Hui.

Sesi latihan pendedahan di Perth, Australia dimulakan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2001 lagi apabila pasukan bawah 13 dihantar beraksi. Yayasan Sime Darby pula menyambung tanggungjawab pendedahan dengan mengutamakan skuad bawah 18 sejak enam tahun lepas.

Kriket Melayu membayangkan sesi pendedahan ke Australia sukar diteruskan musim depan dan bakal direhatkan untuk dikaji semula pembabitan di peringkat antarabangsa.


BARISAN BAWAH 18 KE PERTH

PEMAIN: Amdam Wiliyoh, Trisman Rudi, Shaunvinder Furrah, Zohorina Zol, Hafizuddin Ghafar, NIk Abdul Rahman Mohamad, Ammar Zuhdi Hazalan, Nuriskandar Rizal Effandi, Ikmal Yazid, Farouq Mustakim, Nur Ainoll Aziz, Khuzairi, Karim, Ammar Uzair Fakri, Haiqal Khair.

PENGURUS: Tan Eng Hui
JURULATIH: Azmi Majid
PENGADIL: Sham Jalil

JADUAL:

7 DIS: Melayu Malaysia lwn John Forrest College
9 DIS: Melayu Malaysia lwn Christ Church Grammar
11 DIS: Melayu Malaysia lwn Bedford Morley CC
12 DIS: Melayu Malaysia lwn Bayswater Morley CC
13 DIS: Melayu Malaysia lwn Belridge College