Enam perlawanan sukar di Colombo

KUALA LUMPUR: - Enam perlawanan ujian di Sri Lanka bermula 2 November 2016 semestinya tugas menyeksa yang bakal dibahui skuad kriket bawah 14 Melayu Malaysia.

Pengurus Abdul Rahman Ibrahim yang amat berpengalaman dengan keadaan negara itu beranggapan pasukan Melayu Malaysia perlu menahan asakan pembaling tuan rumah terutama sekali dalam menghadapi semua pertemuan dengan pasukan ternama di negara berkenaan.

''Saya pernah menyertai rombongan tahunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia beberapa tahun lalu dan amatlah faham keadaan sekitaran di sana termasuk permukaan gelanggang  tempatan,'' kata Abdul Rahman yang juga penyelaras kumpulan bawah 12 Kriket Melayu di Kuching, Sarawak.

Latihan pendedahan sebegini dikendalikan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak sekian lama dan tahun lepas skuad peringkat usia itu telah menang lima perlawanan.

Pasukan yang akan ditentang ialah pasukan bawah 15 Kalutara, Akademi Nimesh Perera, Panadura CC, St. Thomas College, St. Sebastian College dan Nalanda College.

Yang pastinya semua perlawanan akan berlangsung atas permukaan tanah asli dengan mengetepikan peletakan matting yang tidak digunakan langsung di Malaysia.

Siri latihan pendedahan ini adalah sebagai persiapan menghadapi Cabaran Bawah 15 Antarabangsa anjuran Kriket Melayu yang dilangsungkan April setiap tahun sejak 2004. Negara utama yang mengambil bahagian ialah Sri Lanka dan Afrika Selatan.

JADUAL DI SRI LANKA

2 Nov.: Melayu Malaysia lwn Kalutara
3 Nov: Melayu Malaysia lwn Akademi Nimesh Perera
4 Nov.: Melayu Malaysia lwn Panadura CC
7 Nov.: Melayu Malaysia lwn St. Thomas College
8 Nov.: Melayu Malaysia lwn St. Sebastian College
9 Nov.: Melayu Malaysia lwn Nalanda College

PEMAIN: Hakim Harisan, Aiman Afiq Suhaimi, Rahman Razali, Afiq Syakir Shaharuddin, Shamsul Ikmal Shamsul Azman, Nur Arif Jumat, Iezzat Daniel Fiqry Ahmad, Irfaq Yusoff, Aminuddin Zaki Kamal Ariffin, Aqil Akmal Zol, Zam Firdaus Nizam, Azim Mirza Nasir, Iz’aan Asri, Hazriq Azmir, Zulhaikal Akram Tajudin
PENGURUS: Abdul Rahman Ibrahim
JURULATIH: Pubudu Aluwihare
PENGADIL: Rudy Ismandi Mansor.