Mumbai CC atasi Melayu Malaysia untuk tangga ketiga

KUALA LUMPUR  - Mumbai CC dari India menamatkan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 41 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 24 September 2016.

Setelah memenangi undian, Mumbai yang dibarisi tiga perempat barisan kelas pertama di India hanya melakukan 157 hasil serbuan baik pemutar Melayu Malaysia.

Apa pun, angka berkenaan gagal dimanfaatkan oleh tuan rumah yang hanya berkemampuan mengumpulkan 116 dalam 34 over. Pemukul pembukaan Melayu Malaysia Anwar Arudin menghimpun 61 larian. 

''Kami terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Jika kejohanan ini diteruskan tahun hadapan, Mumbai akan membentuk sebuah pasukan yang serba gagah,'' kata pemilik Mumbai CC, Jwala Singh Kaushik.

Babak akhir berlangsung 25 September antara juara bertahan Chilaw Marians dari Sri Lanka dengan Kalabagan (Bangladesh).

Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai penganjur kejohanan menyediakan hadiah wang lumayan kepada semua pasukan yang menyertai.

KEPUTUSAN:

Mumbai CC kalahkan Melayu Malaysia dengan 41 larian.
Mumbai CC 157 (48.5 over) Parag Khanapurkar 40, Karansinh Nandey 26, Swapnil Salvi 20. Derek Michael Duraisingam 3-22, Fitri Sham 3-32, Rashid Ahad 2-24.
Melayu Malaysia 116 (34 over) Anwar Arudin 61, Rashid Ahad 13. Neil Narvekar 3-28, Pushkaraj Chavan 2-11, Mohammad Amir Khan 2-25, Yash Tandon 2-32.    
Pemain terbaik: Parag Khanapurkar (Mumbai CC).
Pengadil: Lyndon Hannibal (LKA) & Rosman Zakaria (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).

JADUAL 25 SEPTEMBER 2016:

BABAK AKHIR
CHILAW MARIANS lwn KALABAGAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)