Perhitungan tahun kedua lebih terbuka

Intervarsity 2009BANGI, Selangor - Dengan penyertaan tiga pasukan luar termasuk juara bertahan, University of Colombo, wakil tempatan, Universiti Kebangsaan Malaysia bakal mengharungi bahang tekanan menjelang cabaran kriket Undangan Antara Varsiti Asia di Bangi Disember ini.
 
Naib juara tahun lalu itu akan bersaing bersama University of Chittagong dari Bangladesh dan Christ University dari Bangalore, India di samping ancaman wakil Sri Lanka itu.
 
Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengumumkan bahawa kejohanan tahun kedua itu akan berlangsung di dua gelanggang, UKM Oval di Bangi dan Bayuemas Oval di Klang.
 
Kejohanan bertaraf antarabangsa yang menelan belanja tinggi itu dianjurkan dengan kerjasama teknikal Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang merupakan rakan program prestasi tinggi kriket kebangsaan di UKM.
 
Ketua Pusat Sukan UKM, Jaslana Hussen berkata, peluang UKM untuk mara ke babak akhir masih terbuka memandangkan hampir semua pemain yang bakal membarisi skuad itu dihasilkan menerusi Projek Kriket Nasional -- Pembangunan Menengah Kriket Melayu dan pencapaian mereka sememangnya bertaraf tinggi.
 
"Cuma aplikasi sahaja bakal menentukan kecemerlangan," kata Jaslana.
 
Pengurus kriket UKM, Fairus Shafie memberitahu, sesi latihan pusat secara gigih bermula tiga minggu sebelum kejohanan dengan pengawasan bekas penjaga wiket ternama negara, Haris Abu Baker.
 
Pemain utama nasional yang bakal membarisi UKM ialah Ahmad Faiz M. Noor, Shafiq Sharif, Aminuddin Ramly, Nik Azril Ariffin dan Shahrulnizam Yusof.
 
University of Chittagong yang bersaing tahun ini merancang untuk menguasai kejohanan memandangkan mereka akan menyenaraikan pemain nasional Bangladesh Aftab Ahmed bersama tujuh pemain divisyen satu liga negara itu.
 
Tidak terkecuali Christ University dan Universiti of Colombo yang memiliki pemain kelas tinggi.
 
Fairus berjanji, jika UKM, mara ke babak akhir tahun ini, pendedahan di Australia selama dua minggu menjadi ganjaran kepada skuad berkenaan.
 
JADUAL:
 
1 Disember:
University of Colombo lwn Christ University
(Kinrara Oval, 10 pagi)
 
2 Disember:
Universiti Kebangsaan Malaysia lwn University of Colombo
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
University of Chittagong lwn Christ University
(Kinrara Oval, 10 pagi)
 
3 Disember:
Universiti Kebangsaan Malaysia lwn Christ University
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
University of Chittagong lwn University of Colombo
(Kinrara Oval, 10 pagi)
 
4 Disember:
Universiti Kebangsaan Malaysia  lwn University of Chittagong
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
 
5 Disember:
Penentuan ketiga
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
 
6 Disember:
Babak akhir
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

NIK AZRIL ARIFFIN... Pemutar kanan Malaysia.
NIK AZRIL ARIFFIN... Pemutar kanan Malaysia.

AMINUDIN RAMLY... Pemain serba boleh negara.
AMINUDIN RAMLY... Pemain serba boleh negara.