Kalabagan lawan Chilaw Marians dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Kalabagan dari Bangladesh mara ke babak akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menumbangkan Mumbai CC (India) dengan 172 larian di Kinrara Oval 23 September 2016.

Setelah berkedudukan 94-4 dalam 20 over, Kalabagan mara dengan meyakinkan sehingga menghimpunkan 320-6. Pemain kebangsaan Bangladesh, Rony Talukdar teguh di lapangan tengah dengan ketukan 168 larian. Mumbai CC hanya bertahan setakat 148.

''Kami semakin yakin dan mengharapkan aksi sebegini hingga pertemuan akhir Ahad ini (25 September) walaupun lawan merupakan juara selama empat tahun,'' kata pengurus Kalabagan, Anwar Hossain.

Chilaw Marians pula menang besar 241 larian apabila mengetepikan Melayu Malaysia untuk berentap dalam perlawanan akhir. 

Pertemuan di Bayuemas Oval, Klang itu menyaksikan pasukan liga perdana Sri Lanka melakukan 381-7. Ketua pasukan Shehan Jayasuriya cemerlang dengan 109 larian di samping meratah tiga wiket sewaktu membaling.

Pemilik Chilaw Marians, Godfrey Dabrera mahukan kejuaraan kelima pasukan itu dan menafikan pandangan bahawa Kalabagan dari Bangladesh semakin mantap.

KEPUTUSAN:

Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 241 larian.
Chilaw Marians 381-7 (50 over) Shehan Jayasuriya 109, Saliya Saman 84, Kasun Vidura 69, Rukshan Fernando 43, Ashen Silva bersara 40. Norwira Zazmie A. Halim 3-32, Anwar A. Rahman 3-61. 
Melayu Malaysia 140 (30.1 over) Shafiq Sharif 41, Anwar Arudin 29, Fikri Makram Rosdi 15, Suharril Fetri Shuib 13, Derek Michael Duraisingam kekal 12.  Chalana de Silva 5-26, Shehan Jayasuriya 3-15.
Pemain terbaik: Shehan Jayasuriya (Chilaw Marians).
Pengadil: Lyndon Hannibal (LKA) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS). 

Kalabagan kalahkan Mumbai CC dengan 172 larian.
Kalabagan 320-6 (50 over) Rony Talukdar 168, Md. Ashik ul Alam Naem 50, Mohammad Salman Hossain Emon 26, Mohammad Anamul Haque kekal 19, Mehrab Hossain 17.  Karansinh Nandey 3-76, Mohammad Amir Khan 2-44.   
Mumbai CC 148 (36.2 over) Parag Khanapurkar 42, Swapnil Salvi 36, Karansinh Nandey 18, Vaibhav Choudhary 12.  Md. Moktasir Uzzaman Tushar 5-47, Mohammad Anamul Haque 2-23.   
Pemain terbaik: Rony Talukdar (Kalabagan).
Pengadil: Ranmore Martinesz (LKA) & Rosman Zakaria (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).      
                                                                                                                                                           
JADUAL 24 SEPTEMBER:

PENENTUAN KETIGA
MELAYU MALAYSIA lwn MUMBAI CC
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)