Chilaw Marians yakin kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR  - Juara bertahan Chilaw Marians dari Sri Lanka kekal pasukan terkuat setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan pusingan awal dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa.

Dalam pertemuan di Kinrara Oval pada 21 September 2016, pasukan yang dibairisi pemain test dan kelas pertama itu membaham skuad liga perdana Bangladesh, Kalabagan dengan 90 larian setelah terdahulu mengumpulkan 192 sewaktu memukul.


Dalam pusingan kedua 23 September, Chilaw Marians akan bertemu tuan rumah Melayu Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan di Bayuemas Oval, Klang (21 September 2016), Melayu Malaysia tumpas kepada Mumbai CC dengan empat wiket.

Mumbai CC pula akan berentap dengan Kalabagan dalam pusingan kedua.

''Saya semakin yakin Chilaw Marians akan menang lagi tahun ini. Kami terlalu kuat untuk dibenam lawan,'' kata pemiliknya, Godfrey Dabrera.

KEPUTUSAN:

Mumbai Cricket Club kalahkan Melayu Malaysia dengan 4 wiket.
Melayu Malaysia 97
(27.2 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 22, Suharril Fetri Shuib 17, Fikri Makram Rosdi 11, Rashid Ahad kekal 10.  Pushkaraj Chavan 3-14, Yash Tandon 2-10, Mohammad Amir Khan 2-37.
Mumbai 98-6 (26 over) Pushkaraj Chavan 40, Karansinh Nandey 21, Parag Khanapurkar 16, Govind Mittal 11.  Suharril Fetri Shuib 3-33, Fitri Sham 3-41.
Pemain terbaik: Pushkaraj Chavan (Mumbai Cricket Club).
Pengadil: Ranmore Martinesz (LKA) & Ariffin Ramly (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).
 
Chilaw Marians kalahkan Kalabagan dengan 90 larian.
Chilaw Marians 192
(48 over) Rohit Damodaran 55, Rukshan Fernando kekal 44, Malinda Pushpakumara 30, Nimesh Perera 21, Chalana de Silva 18.  Md. Asif Hasan Mitul 4-25, Md. Shykat Ali 3-33, AZM Arman Abdullah 2-26.
Kalabagan 102 (26.2 over) Mehrab Hossain 36, Md. Ashik ul Alam Naem kekal 26, Rony Talukdar 16.  Malinda Pushpakumara 6-33, Saliya Saman 2-12.   
Pemain terbaik: Malinda Pushpakumara (Chilaw Marians).
Pengadil: Lyndon Hannibal (LKA) & Zaidan Taha Hasim (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).

JADUAL 23 SEPTEMBER:
(Pusingan kedua)

CHILAW MARIANS lwn MELAYU MALAYSIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

MUMBAI CC lwn KALABAGAN
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)