Mumbai bersemangat tumbangkan Kalabagan

KUALA LUMPUR - Mumbai CC kembali bertenaga dengan kemenangan besar sembilan wiket ke atas Kalabagan dari Bangladesh dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Kinrara Oval pada 20 September 2016.

Setelah tumpas 188 larian kepada juara bertahan, Chilaw Marians (Sri Lanka) pada 19 September, wakil India itu tenang mengatasi angka  lawan hanya dalam 29.2 over. Terdahulu dalam sesi pagi Kalabagan melakukan 202 larian.


Memukul cemerlang di lapangan tengah dalam himpunan larian ke angka 203-1 ialah Swapnil Salvi dengan 82 tanpa tewas dan ketua pasukan, Vinayak Samant yang kekal 63.  

''Kami sentiasa bersemangat tinggi dan kemenangan hari ini akan memastikan Mumbai ke peringkat yang lebih tinggi,'' kata pengurusnya Jwala Singh Kaushik.

Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang, tuan rumah Melayu Malaysia tumpas kepada Chilaw Marians dengan 96 larian. Perlawanan dikurangkan ke 35 over kerana hujan pada sebelah pagi.


KEPUTUSAN:

Chilaw Marians kalahkan Melayu Malaysia dengan 96 larian.  Perlawanan dikurangkan kepada 35 over kerana hujan.
Chilaw Marians 186-9
(35 over) Shehan Jayasuriya 56, Ashen Silva 34, Kasun Vidura 25, Charith Rajapaksha kekal 17, Chalana de Silva 17.  Fitri Sham 2-16, Suharril Fetri Shuib 2-21, Derek Michael Duraisingam 2-65.
Melayu Malaysia 90 (26.4 over) Shafiq Sharif 28, Zubair Asyraf Nor Azmi 13, Norwira Zazmie A. Halim 12.  Shehan Jayasuriya 6-29, Malinda Pushpakumara 2-15.
Pemain terbaik: Shehan Jayasuriya (Chilaw Marians).
Pengadil: Lyndon Hannibal (LKA) & Ariffin Ramly (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).
 
Mumbai CC kalahkan Kalabagan dengan 9 wiket.
Kalabagan  202
(48.1 over) Md. Shykat Ali 53, Rony Talukdar 33, Md. Abed Zaman 25, Mehrab Hossain 18, Mohammad Salman Hossain Emon 16.  Pushkaraj Chavan 3-20, Karansinh Nandey 3-40, Parag Khanapurkar 2-46.
Mumbai 203-1 (29.2 over) Swapnil Salvi kekal 82, Vinayak Samant kekal 63, Raghav Datta 45.     
Pemain terbaik: Swapnil Salvi (Mumbai Cricket Club).
Pengadil: Ranmore Martinesz (LKA) & Rudy Ismandi Mansor (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).

JADUAL 21 SEPTEMBER:

MELAYU MALAYSIA lwn MUMBAI CC

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

KALABAGAN lwn CHILAW MARIANS
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)