Chilaw Marians menang besar ke atas Mumbai

KUALA LUMPUR - Juara empat tahun berturut-turut Chilaw Marians dari Sri Lanka bermula cemerlang dengan kemenangan 188 larian ke atas Mumbai CC dari India dalam pertemuan hari pertama Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Kinrara Oval pada 19 September 2016.

Setelah kalah undian dan dipelawa memukul, pasukan yang dibarisi bintang-bintang liga perdana dan pemain test Sri Lanka itu mengumpulkan 313-9 dalam peruntukan maksimum 50 over.


Mumbai tidak berkemampuan dan menamatkan pukulan setakat 125.

''Lega, kemenangan besar ini akan membawa semangat baharu untuk memenangi perlawanan seterusnya,'' kata pemilik Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.

Dalam satu lagi pertemuan, pasukan liga perdana Bangladesh, Kalabagan mengatasi Melayu Malaysia dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, Klang.

Bermula lewat dengan peruntukan perlawanan 41 over, sesudah hujan pada sesi pagi, Melayu Malaysia mengumpulkan 188-9 tetapi pelawat meminta angka berkenaan dalam 33.1 over.

''Kelemahan ketara sewaktu memadang membolehkan Kalabagan mengejar pantas selepas 20 over. Saya harap pemain tuan rumah menyedari kelemahan ini,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Azmi Majid.

KEPUTUSAN:

Kalabagan kalahkan Melayu Malaysia dengan 7 wiket.  Perlawanan dikurangkan kepada 41 over kerana hujan.
Melayu Malaysia 188-9
(41 over) Anwar Arudin 72, Norwira Zazmie A. Halim 32, Suharril Fetri Shuib 26, Fikri Makram Rosdi 19, Zubair Asyraf Nor Azmi 17.  Md. Moktasir Uzzaman Tushar 3-22, Nasum Ahmed 2-44.
Kalabagan 192-3 (33.1 over) Mehrab Hossain kekal 104, Mohammad Salman Hossain Emon kekal 51, Md. Shykat Ali 19. Norwira Zazmie A. Halim 2-52.   
Pemain terbaik: Mehrab Hossain (Kalabagan).
Pengadil: Ranmore Martinesz (LKA) & Zaidan Taha Hasim (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).

Chilaw Marians kalahkan Mumbai Cricket Club dengan 188 larian.
Chilaw Marians 313-9
(50 over) Chalana de Silva 50, Kasun Vidura 45, Saliya Saman 40, Charith Rajapaksha 40, Nimesh Perera kekal 22, Rohit Damodaran 20.Karansinh Nandey 2-30, Pushkaraj Chavan 2-58, Harsh Vardhan 2-74, Parag Khanapurkar 2-74.
Mumbai Cricket Club 125 (19.3 over) Swapnil Salvi 52, Parag Khanapurkar 32, Karansinh Nandey 13, Yash Tandon 11.  Malinda Pushpakumara 5-26, Shehan Jayasuriya 2-32.
Pemain terbaik: Malinda Pushpakumara (Chilaw Marians).
Pengadil: Lyndon Hannibal (LKA) & Rosman Zakaria (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).

JADUAL 20 SEPTEMBER:

MELAYU MALAYSIA lwn CHILAW MARIANS

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

MUMBAI CC lwn KALABAGAN
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)