SMK Tinggi Kajang juara lima tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor meneruskan kecemerlangan pada Cabaran Projek Kriket Nasional apabila memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun kelima berturut-turut sejak tahun 2012.

Dalam babak akhir menentang Penang Free School di Bayuemas Oval dekat sini berakhir 4 September 2016, pasukan dari Selangor itu diisytiharkan juara setelah mendahului lawan dalam ining pertama apabila kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dua hari dengan keputusan seri.

''Saya puas dengan keputusan ini walaupun tidak menang secara mutlak. Memadailah dengan mencapai kejuaraan selama lima tahun berturut-turut,'' kata guru penyelaras kriket SMK Tinggi Kajang, Tan Eng Hui.

Perlawanan ining pertama 3 September berakhir dengan SMK Tinggi Kajang hanya melakukan 103 larian tetapi gagal dimanfaat lawan apabila wakil Pulau Pinang cuma mengumpulkan 69.

''Tunggu tahun depan. Kami akan hadir dengan garang,'' kata pengetua Penang Free School, Omar Rashid.

Kejohanan tahunan bagi semua pasukan projek kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia dimulakan sejak tahun 2004. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof turut hadir dalam babak akhir itu 4 September.

KEPUTUSAN:

Ining pertama:
SMK Tinggi Kajang 103 (40.3 over) Fadli Haris A. Rahman 38, Nik Rahman Mohamad kekal 25, Said Khairul Niza 22.  Al-Faqihul Aiman Rani 4-28, Rahman Razali 4-34, Afiq Syakir Shaharuddin 2-23.   
Penang Free School 69 (46.1 over) Ammar Zuhdi Hazalan 18, Nuriskandar Rizal Effandi 18, Vishvaruben Kumar 11.  Said Khairul Niza 4-26, Hasif Norhaizan 2-9, Faris Ikram 2-13, Hafizuddin Ghafar 2-21.     

Ining kedua:
SMK Tinggi Kajang 137 (64.5 over) Hasif Norhaizan 63, Irfaq Wan Yusoff 25, Iezzat Daniel Fiqry Ahmad 16.  Al-Faqihul Aiman Rani 3-33, Nuriskandar Rizal Effandi 2-11, Afiq Syakir Shaharuddin 2-30, Zaim Asnawi Osman 2-32. 
Penang Free School 93-7 (32 over) Ammar Zuhdi Hazalan 30, Faqhrul Asyraf Nordin 20, Aiman Afiq Suhaimi 12.  Hasif Norhaizan 3-9, Said Khairul Niza 2-25.  

Keputusan: Seri (SMK Tinggi Kajang juara; dahului ining pertama).
Pemain terbaik babak akhir: Al-Faqihul Aiman Rani (Penang Free School).
Pemain terbaik kejohanan: Hasif Norhaizan (SMK Tinggi Kajang).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Fadzrin Kate-Lee (KL).