Ahmad Sarji ketuai pertubuhan kriket dalam dewan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diberi mandat untuk mengetuai Persatuan Kriket Dalam Dewan Malaysia pada mesyuarat agung penubuhan pertubuhan itu di Bayuemas Oval ,14 Ogos 2016.

Ahmad Sarji yang juga Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia dipilih sebulat suara sebagai presiden manakala Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dilantik timbalan presiden.


Dua naib presiden ialah bekas pemain hoki kebangsaan, Datuk Yogeswran Rajaratnam dan bekas pemain kriket dan hoki nasional, Tam Chiew Seng.

Mesyuarat yang dihadiri 40 peminat sukan kriket dalam dewan itu juga melantik Zarina Tan Yusop Tan sebagai setiausaha kewangan. Aktivis kriket sekolah berasrama penuh, Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin memenang jawatan timbalan setiausaha. Empat jawatan ahli majlis biasa disandang Syed Jan Aljaffri, Alex Nandaseri De Silva, Syukran Fadzli Mazlan dan Dr. Johari Ibahim.

Wartawan. Rosmanizam Abdullah dipilih setiausaha agung.

Ahmad Sarji berkata, sebaik sahaja didaftar secara rasmi oleh Pesuruhjaya Sukan, pertubuhan itu akan menganjurkan seminar perundangan, kepengadilan dan pemahaman asas sukan itu.

''Kami juga akan memohon penggabungan dengan Persekutuan Kriket Dalam Dewan Antarabangsa yang berpusat di Australia,'' katanya.