Tentera juara Cabaran Kriket Pantai Timur

KOTA BHARU  -  Tentera memastikan kejuaraan Cabaran Kriket Pantai Timur Trofi Tun Ahmad Sarji apabila menumbangkan juara bertahan, Negeri Sembilan dengan 25 larian dalam babak akhir format Twenty20 di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 31 Julai 2016..

Dengan meletakkan 126 larian untuk enam wiket sewaktu memukul, Negeri Sembilan terhenti kemaraan setakat 101 dalam 18.1 over bagi menyerahkan kejuaraan kepada Tentera.


Pemukul pembukaan Tentera Anwar Arudin meletakkan pasukan pada kedudukan teguh dengan hayunan 64 larian.

''Hasrat tercapai dan kami akan memastikan kegarangan sentiasa dipertahan,'' kata ketua rombongan Tentera, Mejar Keshvinder Randhava.

Dalam penentuan ketiga, tuan rumah Kelantan mengalahkan Johor dengan empat wiket.

Pertandingan anjuran Persatuan Kriket Negeri Kelantan dengan sokongan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dianjurkan sejak tahun 2014.

KEPUTUSAN:

BABAK AKHIR:
Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 25 larian.
Tentera 126-6 (20 over) Anwar Arudin 64, Syahadat Ramli 16, Hairil Anuar 10, Suharril Fetri Shuib 10.  Islah Muhaimin Zol 2-18, Azwar Tajri 2-30.
Negeri Sembilan 101 (18.1 over) Shafiq Sharif 21, Ainool Hafizs Yatim 21, Azwar Tajri 17, Fitri Sham 11.  Rashid Ahad 3-28, Shukri Rahim 2-17, Norwira Zazmie A. Halim 2-24.
Pemain terbaik: Anwar Arudin (TEN).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Bertle Alex James (NS).
 
PENENTUAN KETIGA
Kelantan kalahkan Johor dengan 4 wiket.
Johor 106-9 (20 over) Razman Zabri 24, Adzim Yahaya 17.  Mahathir Razali 3-18, Mahadi Muda 2-11, Amiruddin Azahar 2-25.  
Kelantan 110-6 (18.3 over) Che Wan Razlan Zalati kekal 48, Mahathir Razali 21.  Fadzrin Kate-Lee 3-19, Ammar Rahim 2-31.   
Pemain terbaik: Che Wan Razlan Zalati (KEL).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Ridhauddeen Rashid (KEL).