Negeri Sembilan, Tentera menang bergaya

KOTA BHARU - Juara 2015, Negeri Sembilan akan bertemu Tentera dalam babak akhir Cabaran Kriket Pantai Timur di IPG Oval, Pengkalan dekat sini pada 31 Julai 2016 setelah masing-masing menang bergaya, 30 Julai.

Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah Kelantan dengan 44 larian manakala Johor tumpas lapan wiket kepada Tentera.

Negeri Sembilan menghimpun 159-8 dengan pemukul kebangsaan ShafiqSharif melakukan 98 larian. Kelantan membalas setakat 115-9 dalam peruntukan 20 over.

Johor pula tidak bertahan lama apabila hanya mengumpulkan 99 larian sebelum dipintas lawan dalam 14.2 over.

''Kami amat yakin akan mengulangi kejayaan seperti tahun lepas. Tentera akan kami jinakkan,'' kata pengurus Negeri A. Malik Shariff.


KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 44 larian.
Negeri Sembilan 159-8 (20 over) Shafiq Sharif kekal 98, Nik Azril Arifin 23, Azman Tajri 12.  Nik Abdul Rahman Mohamad 3-24, Faiz Ahmad Nasir 2-18.
Kelantan 115-9 (20 over) Amiruddin Azahar 46, Che Wan Razlan Zalati 20, Fadli Haris A. Rahman 12, Nasiruddin Mazlan kekal 10.  Nik Azril Ariffin 3-10, Azwar Tajri 2-11, Anwar A. Rahman 2-15.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (Negeri Sembilan).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Bertle Alex James (NS).
 
Tentera kalahkan Johor dengan 8 wiket.
Johor 99 (20 over) Fauzan Malik 32, Faizshal Niaz-Lyn 14, Amdam Wiliyoh 13, Ammar Rahim 13, Adzim Yahaya 12.  Wafiq Irfan Zarbani 2-8, Suharril Fetri Shuib 2-13, Shukri Rahim 2-17, Rashid Ahad 2-28.
Tentera 103-2 (14.2 over) Rosman Zakaria 35, Hairil Anuar kekal 26, Syahadat Ramli kekal 21, Anwar Arudin 10.  
Pemain terbaik: Rosman Zakaria (Tentera).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Mat Rani Seman (KEL).
 
JADUAL HARI INI:

PENENTUAN KETIGA

KELANTAN lwn JOHOR
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9 pagi)
 
BABAK AKHIR

NEGERI SEMBILAN lwn TENTERA
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 10 pagi)