Kelantan, Johor turut ke separuh akhir

KOTA BHARU - Johor dan Kelantan mengesahkan tempat untuk beraksi dalam separuh akhir Cabaran Kriket Pantai Timur apabila mengetepikan lawan masing-masing dalam aksi penentu peluang di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini, 28 Julai 2016.
 
Johor memenangi kedua-dua perlawanan menentang Terengganu. Dalam perlawanan pertama Terengganu tumbang dengan empat wiket manakala pertemuan kedua, pasukan dari selatan itu menang dengan 58 larian.
 
Naib juara tahun lalu, Kelantan mengatasi Melaka dengan lapan wiket dan kemudian tujuh wiket.
 
Dalam pertemuan separuh akhir 30 Julai, Johor bertemu Tentera manakala Kelantan menentang Negeri Sembilan.
 
''Walaupun Tentera dikatakan lebih hebat, kami akan memastikan Johor bukan pasukan yang mudah dijinakkan,'' kata pengurus Johor Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin.
 
 
KEPUTUSAN
 
Perlawanan pertama:
Johor kalahkan Terengganu dengan 4 wiket.
Terengganu 99-7 (20 over) Masrulnizam Masrom 24, Faizal Fadzillah 21.  Faizshal Niaz-Lyn 2-15.  
Johor 101-6 (13.3 over) Zaidan Taha Hasim 30, Noor Afif Saufee 12, Fadzrin Kate-Lee kekal 11, Razman Zabri kekal 11, Amdam Wiliyoh 11, Ammar Rahim 10.  Muazzam Hadi 2-20.
Pemain terbaik: Zaidan Taha Hasim (JOH).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Shafizan Shahriman (NS).
 
Perlawanan kedua:
Johor kalahkan Terengganu dengan 58 larian.
Johor 166-7 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 69, Adzim Yahaya 21, Ammar Rahim 19, Fauzan Malik 18, Fadzrin Kate-Lee 10.  Victor Graman Renggian 2-32, Nik Hasyim Muhammad 2-52.
Terengganu 108-7 (20 over) Faizal Fadzillah kekal 25, Isma Izat Jemi kekal 23, Victor Graman Renggian 17, Muazzam Hadi 10.  Razman Zabri 2-18, Fauzan Malik 2-23.
Pemain terbaik: Faizshal Niaz-Lyn (JOH).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
 
Perlawanan pertama:
Kelantan kalahkan Melaka dengan 8 wiket.
Melaka 67 (19 over) Zubaidi Zulkifle 15.  Nik Abdul Rahman Mohamad 3-10, Faiz Ahmad Nasir 3-14, Amiruddin Azahar 2-14.
Kelantan 68-2 (11.5 over) Che Wan Razlan Zalati 17, Shahriel Aizat Nor Azmi 16, Fadli Haris A. Rahman 14, Mahadi Muda 12.  Ikmal Yazid 2-15.
Pemain terbaik: Nik Abdul Rahman Mohamad (KEL).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Bertle Alex James (NS).
 
Perlawanan kedua:
Kelantan kalahkan Melaka dengan 7 wiket.
Melaka 131-4 (20 over) Ikmal Yazid 33, Zubaidi Zulkifle 28, Iqbal Azan Mat Nawi 26, Nizamuddin Azhar 15.  Che Wan Razlan Zalati 2-8. 
Kelantan 132-3 (19 over) Shahriel Aizat Nor Azmi kekal 50, Fadli Haris A. Rahman 34, Che Wan Razlan Zalati 23.
Pemain terbaik: Shahriel Aizat Nor Azmi (KEL).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
 
JADUAL 30 JULAI 2016:
(Separuh akhir)
 
NEGERI SEMBILAN lwn KELANTAN

(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9 pagi)


TENTERA lwn JOHOR

(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9 pagi)