Negeri Sembilan, Tentera mara ke separuh akhir

KOTA BHARU  -  Negeri Sembilan dan Tentera mengesahkan tempat ke separuh akhir Cabaran Kriket Pantai Timur apabila mencapai dua kemenangan berturut-turut dalam pertemuan di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 27 Julai 2016.

Negeri Sembilan, juara tahun lepas mengatasi Johor dengan empat wiket manakala Tentera yang menduduki tangga ketiga 2015 menewaskan pendatang baharu, Melaka dengan tujuh wiket.

Pertemuan esok antara Melaka dengan finalis tahun lepas, Kelantan serta Johor menentang Terenggganu akan memastikan dua lagi tempat ke separuh akhir Sabtu ini; juga di IPG Oval.

''Misi ke pertandingan tahun ini ialah memastikan kejuaraan berpihak kepada Tentera, kami hanya mahu No. 1,'' kata pengurus Tentera, Mejar Hardeep Singh Methoda.

Pertandingan format Twenty20 bagi merebut Trofi Tun Ahmad Sarji dianjurkan Persatuan Kriket Negeri Kelantan dengan sokongan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak 2014.

KEPUTUSAN:

Tentera kalahkan Melaka dengan 7 wiket.
Melaka 63 (16.4 over) Iqbal Azan Mat Nawi 26, Zubaidi Zulkifle 10.  Rashid Ahad 7-11.
Tentera 64-3 (11 over) Norwira Zazmie A. Halim kekal 21, Hairil Anuar 16, Syahadat Ramli kekal 11.
Pemain terbaik: Rashid Ahad (Tentera).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Shafizan Shahriman (NS).
 
Negeri Sembilan kalahkan Johor dengan 4 wiket.
Johor 108 (20 over) Amdam Wiliyoh 34, Ammar Rahim 24, Adzim Yahaya 23.  Islah Muhaimin Zol 3-23, Fitri Sham 3-23, Anwar A. Rahman 2-26.  
Negeri Sembilan 109-6 (18 over) Shafiq Sharif 38, Adam Zulkifli 14, Ainool Hafizs Yatim 14.  Ammar Rahim 2-13.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (Negeri Sembilan).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
 
JADUAL 28 JULAI 2016:
 
TERENGGANU lwn JOHOR
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9 pagi)
 
KELAYAKAN KUMPULAN A
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 1 petang)
 
MELAKA lwn KELANTAN
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9 pagi)
 
KELAYAKAN KUMPULAN B
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 1 petang)