Negeri Sembilan menang besar ke atas Terengganu

KOTA BHARU -  Negeri Sembilan menang besar dalam pembukaan Cabaran Kriket Pantai Timur apabila menumbangkan Terengganu dengan 130 larian di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sin,i 26 Julai 2016.

Juara bertahan pertandingan format Twenty20 bagi merebut Trofi Tun Ahmad Sarji itu memulakan pukulan dengan menghimpun 179-2. Dalam sesi mengejar angka lawan, Terengganu tertiarap pada kedudukan 49 dalam 14 over.


Dalam satu lagi perlawanan di gelanggang sama, Tentera yang kecewa dengan kedudukan ketiga tahun lalu, mengatasi Kelantan dengan 62 larian.

Naib kapten kebangsaan, Anwar Arudin menyumbang 103 larian bagi memastikan Tentera mengumpulkan 159-9. Kelantan memukul setakat 97 larian.

''Kami mahu mara ke separuh akhir dan pertemuan dengan Melaka pada Khamis akan menetukan sejauh mana kemantapan Kelantan,'' kata pengurus Kelantan Wan Nasir Omar.

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Terengganu dengan 130 larian.
Negeri Sembilan 179-2 (20 over) Ainool Hafizs Yatim kekal 64, Zubair Asyraf Nor Azmi kekal 56, Adam Zulkifli 33.   
Terengganu 49 (14 over) Faizal Fadzillah 11.  Anwar A. Rahman 4-18, Nik Azril Arifin 3-16, Fitri Sham 2-6.
Pemain terbaik: Ainool Hafizs Yatim (Negeri Sembilan).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
 
Tentera kalahkan Kelantan dengan 62 larian.
Tentera 159-9 (20 over) Anwar Arudin 103, Syahadat Ramli 13.  Faiz Ahmad Nasir 3-15, Nik Abdul Rahman Mohamad 2-7.
Kelantan 97 (19.3 over) Fadli Haris A. Rahman 31, Mahathir Razali 22, Che Wan Razlan Zalati 21.  Wafiq Irfan Zarbani 4-12, Suharril Fetri Shuib 3-16, Norwira Zazmie A. Halim 2-16.
Pemain terbaik: Anwar Arudin (Tentera).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Bertle Alex James (NS).
 
JADUAL 27 JULAI 2016:
 
TENTERA lwn MELAKA
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9 pagi)
 
JOHOR lwn NEGERI SEMBILAN
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9 pagi)