SMK Seri Titiwangsa singkir juara bertahan

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa melakukan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan, Pattani dari Thailand dengan 30 larian untuk layak ke babak akhir bertemu SMK Clifford dari Kuala Lipis dalam Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval, 23 Julai 2016.

Dalam aksi penentuan pusingan kedua yang dilihat berat sebelah 22 Julai 2016, Pattani tidak mampu mengejar angka pasukan dari Kuala Lumpur itu yang melakukan 81-6 dalam peruntukan 25 over. Skuad yang diwakili tiga pemain kebangsaan Thailand itu hanya berupaya setakat 51 larian dalam 14.4 over.


''Kami kalah kepada pasukan yang memiliki pembaling handal. Mereka meranapkan kemaraan kami,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.

Dengan kemenangan itu, SMK Seri Titiwangsa mengharapkan aksi terbaik daripada seluruh anggota pasukannya apabila bertemu juara 2014, Clifford yang ternyata lebih gagah atas kertas.

Clifford menang besar ke atas pendatang baharu, SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang dengan 101 larian dalam satu lagi penentuan ke perlawanan akhir.   

Babak akhir 23 Julai 2016 akan turut dihadiri oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dan Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.


KEPUTUSAN

SMK Clifford kalahkan SMK Tengku Indra Petra dengan 101 larian.
SMK Clifford 142-6 (25 over) Zumika Azmi 27, Mahirah Izzati Ismail 24, Rohaya Jani kekal 17.  Rabiatuladawiyah Mat Rahim 2-24.
SMK Tengku Indra Petra 41 (23.3 over) Noor Hayati Zakaria 3-3, Zumika Azmi 3-8, Mahirah Izzati Ismail 2-6.
Pemain terbaik: Zumika Azmi (SMK Clifford).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
SMK Seri Titiwangsa kalahkan Pattani dengan 30 larian.
SMK Seri Titiwangsa 81-6 (25 over) Arianna Natasya Benn Rakquidean kekal 13.  Rosenanee Kanoh 2-2, Soraya Lateh 2-11.  
Pattani 51 (13.3 over) Soraya Lateh 8.  Nurul Syahira Hassan Ali 3-7, Nurul Huda Zulkarnaen 2-10, Wan Nor Zulaika Sofea Zulkifli 2-12.
Pemain terbaik: Nurul Syahira Hassan Ali (SMK Seri Titiwangsa).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Bertle Alex James (NS).
 
JADUAL 23 JULAI 2016:
(Babak akhir)
 
SMK CLIFFORD lwn SMK SERI TITIWANGSA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)