Gua Musang atasi Pudu untuk ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR  - Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang layak ke pusingan kedua Cabaran Kriket Perempuan Tuanku Najihah apabila menang lapan wiket ke atas SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang, 21 Julai 2016.

Dengan hanya diletakkan sasaran 84 larian, Gua  Musang melepasi halangan itu dengan pemukul kebangsaan, Nur Nabila Nazeli bertahan 33 larian tanpa tewas di lapangan tengah.


Dengan kemenangan berkenaan, wakil Kelantan itu akan berentap dengan SMK Clifford, 22 Julai 2016. Dua lagi pasukan yang  akan bersaing ialah juara bertahan, Pattani (Thailand) menentang SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur.

Apapun dalam satu lagi perlawanan pusingan awal 21 Julai 2016, Pattani lebih hebat berbanding SMK Seri Titiwangsa dengan kemenangan sembilan wiket.

''Kami mengharapkan aksi terbaik daripada semua pemain dalam pusingan kedua. Macam-macam boleh berlaku dalam perlawanan kalah mati ini,'' kata pengurus Pattani, Asami Borsu.

KEPUTUSAN

Pattani kalahkan SMK Seri Titiwangsa dengan 9 wiket.
SMK Seri Titiwangsa 77-9 (25 over) Soraya Lateh 3-22, Rosenanee Kanoh 2-7, Suraiya Bula 2-23.
Pattani 78-1 (12.5 over) Soraya Lateh kekal 39, Shagufta Arwae 15.
Pemain terbaik: Soraya Lateh (Pattani)
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Bertle Alex James (NS)

SMK Tengku Indra Petra kalahkan SMK (P) Pudu dengan 8 wiket.
SMK (P) Pudu 83-5 (25 over) Nurin Haryati Riduwan kekal 25. Siti Nur Atirah Mutalib 3-19.
SMK Tengku Indra Petra 84-2 (15.4 over) Nur Nabila Nazeli kekal 33, Nik Nur Atiela Din kekal 11. Dania Syazwina Kamal 2-14.
Pemain terbaik: Nur Nabila Nazeli (SMK Tengku Indra Petra)
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Fadzrin Kate-Lee (KL)

JADUAL HARI INI:
(Pusingan kedua)

SMK CLIFFORD lwn SMK TENGKU INDRA PETRA
(Bayuemas Oval, 8.30 pagi)

SMK SERI TITIWANGSA lwn PATTANI
(Bayuemas Oval, 1 petang)