Clifford mudah atasi Gua Musang dengan sembilan wiket

KUALA LUMPUR - Finalis 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang meneruskan kecemerlangan dalam Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah dengan kemenangan sembilan wiket ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang di Bayuemas Oval dekat sini, 19 Julai 2016.

Dengan serbuan kemas barisan pembalingnya, Clifford tidak keberatan untuk memintas angka Gua Musang yang hanya melakukan 44-8 dalam peruntukan 25 over.

''Kami bersemangat untuk merangkul kejuaraan tahun ini setelah kecundang mengejut dalam babak akhir kepada Pattani dari Thailand tahun lepas,'' kata pengurus Clifford, Nur Suhada Mustapa Kamal.

Turut sama cemerlang dalam perlawanan sebelah pagi ialah, SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur yang mengetepikan SMK (Perempuan) Pudu dengan enam wiket.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2014 itu merupakan program kemuncak ke atas semua sekolah projeknya termasuk dari selatan Thailand.  

KEPUTUSAN:

SMK Seri Titiwangsa kalahkan SMK (P) Pudu dengan 6 wiket.
SMK (P) Pudu 63-8 (25 over) Nurin Haryati Riduwan kekal 15. Zayani Syamimi Zainuddin 2-12, Syatirah Najwa Rizaudin 2-16.
SMK Seri Titiwangsa 64-4 (18.3 over) Nurul Syahira Hassan Ali 12, Nuraesya Imrah Rahman 10.  Nurin Haryati Riduwan 3-16.
Pemain terbaik: Nurin Haryati Riduwan (SMK (P) Pudu).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Bertle Alex James (NS).
 
SMK Clifford kalahkan SMK Tengku Indra Petra 9 wiket.
SMK Tengku Indra Petra 44-8 (25 over) Nik Nur Atiela Din kekal 20.  Mahirah Izzati Ismail 2-9.
SMK Clifford 45-1 (5.5 over) Mahirah Izzati Ismail kekal 16, Zumika Azmi kekal 13.  
Pemain terbaik: Mahirah Izzati Ismail (SMK Clifford).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Fadzrin Kate-Lee (KL).
 
JADUAL 20 JULAI 2016:
 
PATTANI lwn SMK CLIFFORD
(Bayuemas Oval, 8.30 pagi)
 
SMK SERI TITIWANGSA lwn SMK TENGKU INDRA PETRA
(Bayuemas Oval, 1 petang)