Hujan lebat, dua pelawanan tanpa keputusan

KUALA LUMPUR - Kedua-dua perlawanan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah yang berlangsung di Bayuemas Oval dekat sini 18 Julai 2016 berkesudahan tanpa keputusan kerana hujan lebat.

Berikutan itu, pertemuan 25 over antara Sekolah Menengah Kebangsaan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan SMK Clifford, Kuala Lipis pada sesi pagi tidak dapat diteruskan. Titiwangsa gagal memukul selepas Clifford melakukan 120-9.

Pada perlawanan kedua sebelah petang antara Pattani dari Thailand dan SMK (P) Pudu (Kuala Lumpur), pengadil Fadzrin Kate-Lee dan Zaidan Taha Hasim yang mengumumkan peruntukan minimum 12 over setiap pasukan juga terhenti pertemuan berikutan hujan sewaktu Pudu melakukan 17-4 dalam lima over. 

''Memang tiada pilihan dan keempat-empat pasukan hanya menerima satu mata berikutan tiada keputusan,'' kata pengarah kejohanan, Sham Jalil.

KEPUTUSAN:

Perlawanan antara SMK Seri Titiwangsa dengan SMK Clifford tiada keputusan kerana hujan.
SMK Clifford 120-9 (25 over) Mas Elysa Yasmin Zulkifli 24, Sasha Azmi 23, Syazwina Hanim A. Halim kekal 10.  Arianna Natasya Benn Rakquidean 3-22, Syatirah Najwa Rizaudin 2-17, Nurul Huda Zulkarnaen 2-22.
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (KL) & Bertle Alex James (NS).
 
Perlawanan antara Pattani dengan SMK (P) Pudu tiada keputusan kerana hujan.
SMK (P) Pudu 17-4 (5 over) Fatehhah Fadil 3, Nur Izzah Bahirah Zailan kekal 2, Nur Azimah Zainal 2. 
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (KL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).

JADUAL 19 JULAI 2016:
 
SMK SERI TITIWANGSA lwn SMK (P) PUDU
(Bayuemas Oval, 8.30 pagi)
 
SMK TENGKU INDRA PETRA lwn SMK CLIFFORD
(Bayuemas Oval, 1 petang)