Machang, Parit Jawa berentap dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Machang akan berentap dengan finalis tahun lepas, Parit Jawa dalam perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2016.

Machang terlalu perkasa dengan kemenangan 94 larian ke atas Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, 28 Mei 2016.

Pasukan dari Kelantan itu menghimpun 150 larian untuk lima wiket dalam maksimum over yang diperuntukkan.

Parit Jawa (Johor) pula memastikan kemaraan ke babak akhir apabila mengalahkan Kuala Langat dari Selangor dengan 61 larian.

''Kami lega dengan keputusan ini dan bersedia untuk mengulangi kecemerlangan,'' kata penyelaras ternama Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Ketua kontinjen Machang, Zainuddin Harun menyatakan pasukannya tidak sabar untuk menguasai perlawanan akhir kelak.

''Jika menang undian esok, kami akan memukul dahulu dan mempersilakan Parit Jawa mengejar,'' katanya.

KEPUTUSAN:

Machang kalahkan Bukit Petaling dengan 94 larian.
Machang 150-5 (25 over) Amirul Asyraf Ayob 34, Wan Haizul Azrie Moohamaasming 31, Wan Haikal Azemi kekal 26, Muqri Amran 11.  Thaqib Umayr Syukran Fadzli 2-16.
Bukit Petaling 56 (17.4 over) Sharveen Surendran 17, Ammar Hisham 11.  Amirul Asyraf Ayob 3-13, Wan Haikal Azemi 2-14.
Pemain terbaik: Amirul Asyraf Ayob (Machang).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Parit Jawa kalahkan Kuala Langat dengan 61 larian.
Parit Jawa 118-8 (25 over) Aiman Nazmi Esa 28, Zahin Mahdhir 15, Shahrul Ezad Hashim 11.  Hazim Wafi Atan 2-10, Azhari Zakari Aidar 2-20.
Kuala Langat 57 (19.1 over) Hazim Wafi Atan 16.  Zahin Mahdhir 4-10, Amirul Albar Anuar Albar 2-16.   
Pemain terbaik: Zahin Mahdhir (Parit Jawa).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
JADUAL 29 MEI 2016
(Perlawanan akhir)

PARIT JAWA lwn MACHANG
(Bayuemas Oval, 10 pagi)