Kalah tipis, Parit Jawa masih mampu ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Juara tahun lalu, Parit Jawa tumpas satu larian dalam pertemuan dengan Machang tetapi masih bernasib baik layak ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.

Pasukan dari Johor itu masih mengekalkan purata larian bersih tinggi walaupun gagal mengejar serendah angka 60 larian yang dikumpulkan Machang dari Kelantan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 27 Mei 2016.


''Saya ingin melupakan kekalahan tipis ini. Apa yang ternyata amat penting ialah menumbangkan Kuala Langat (Selangor) dalam separuh akhir esok,'' kata penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Machang yang turut layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan A akan bertemu Bukit Petaling dari Kuala Lumpur.

''Pemain melakukan banyak kesilapan lebih-lebih lagi selepas jatuhan wiket. Saya sudah mengeluarkan kata-kata semangat untuk menguasai perlawanan esok,'' kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.

Kejohanan tahunan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji dianjurkan sejak tahun 1999 dengan sepuluh pasukan terbaik dalam Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia layak bersaing dalam pusingan akhir.

KEPUTUSAN

Machang kalahkan Parit Jawa dengan 1 larian.
Machang 60 (15.4 over) Zul Amry Mohdin 3-9, Amer Aizad Norhisam 3-17.
Parit Jawa 59 (17.2 over) Amir Haziq Isa 14, Shahrul Ezad Hashim 13, Zahin Mahdhir kekal 10.  Afkar Aiman Abdullah 3-8, Shukran Razali 3-16.
Pemain terbaik: Afkar Aiman Abdullah (Machang).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Kuching kalahkan Gemencheh dengan 7 wiket.
Gemencheh 64 (18 over) Nasrif Hafizi Saharudin 14, Ammar Danial Yusri kekal 13.  Haikal Akmal Aryadi 3-8, Azram Azim Ramli 3-14, Fatin Nazirah Abdullah 2-7.
Kuching 65-3 (16.5 over) Azram Azim Ramli kekal 24.  Nasrif Hafizi Saharudin 2-12.      
Pemain terbaik: Azram Azim Ramli (Kuching).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
 
Bayuemas kalahkan Ipoh dengan 9 wiket.
Ipoh 108 (24 over) Raja Faris Akmal Azlan 17, Aydin Ghazali kekal 15.  Viemanaa Raam Ramamoorthy  3-17, Faris Hilmy Azizudin 3-22, Lokman Nur Hakim Sahar 2-12.
Bayuemas 109-1 (18 over) Viemanaa Raam Ramamoorthy kekal 43, Thanigeshvaren Mathan 20.  
Pemain terbaik: Viemanaa Raam Ramamoorthy (Bayuemas).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
Kuala Langat kalahkan Kuala Lipis dengan 4 larian.
Kuala Langat 108 (20.1 over) Roveeth Ethan Kunarajah 23, Azhari Zakari Aidar 17, Syamil Fadzli Shaharuddin 10, Najmi Ikmal Hisham 10.  Fakrul Azid Zahid Maulana 3-23, Zuhaimi Zakaria 2-24, Aiman Hamidi 2-24.
Kuala Lipis 104-7 (25 over) Zuhaimi Zakaria kekal 34, Amirul Zarfan Raziman 23, Hanafi Ghazali 14. Khairul Hariz Khairul Anuar 2-15, Amirul Hafiz Abdullah 2-18.   
Pemain terbaik: Zuhaimi Zakaria (Kuala Lipis).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
JADUAL 28 MEI 2016:
(Separuh akhir)

MACHANG lwn BUKIT PETALING
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KUALA LANGAT lwn PARIT JAWA
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)