Machang layak berentap dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR 26 Mei -  Machang layak ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menumpaskan Pekan dengan 57 larian dalam pertemuan Kajang Oval pada 26 Mei 2016.

Apapun juara bertahan, Parit Jawa dalam kedudukan tertekan apabila bertemu Machang esok. Pasukan dari Johor itu terpaksa bermain dengan baik bagi mengelakkan sebarang kekalahan teruk agar purata larian bersih dapat mengatasi Pekan yang berkedudukan -0.139.


''Kami bermain untuk menang dan jika Machang lebih berpeluang, ia tidak akan membawa angka negatif kepada Parit Jawa,'' kata penyelarasnya, A. Salim Hussin.

Bagi Machang, apa jua keputusan dalam perlawanan terakhir, skuad dari Kelantan itu sudah selesa untuk berentap dalam separuh akhir Sabtu ini di Bayuemas Oval.

Parit Jawa yang mengumpulkan 233-4 membelasah Gemencheh dengan 160 larian di Kajang Oval pada 26 Mei.

Bukit Petaling dari Kuala Lumpur yang menamatkan perlawanan pusingan awal juga layak ke separuh akhir setelah mengalahkan Bayuemas (Klang) dengan tujuh wiket.
 
Dalam perlawanan lain, Kuala Langat garang dengan kemenangan 106 ke atas Ipoh.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 juga menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada empat pasukan teratas.

KEPUTUSAN:

Kuala Langat kalahkan Ipoh dengan 106 larian.
Kuala Langat 135-9 (25 over) Najmi Ikmal Hisham 26, Azhari Zakari Aidar 16, Roveeth Ethan Kunarajah 16, Syamil Fadzli Shaharudin 13, Hazim Wafi Atan 10.  Akmal Alif Zainal 3-18, Wan Akil Hakimi Azfariman 2-42.
Ipoh 29 (10.1 over) Amirul Hafiz Abdullah 5-7, Najmi Ikmal Hisham 3-8.
Pemain terbaik: Amirul Hafiz Abdullah (Kuala Langat).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
 
Bukit Petaling kalahkan Bayuemas dengan 7 wiket.
Bayuemas 134 (24.4 over) Faris Hilmy Azizudin 43, Viemanaa Raam Ramamoorthy 26, Aras Azmi Aslam kekal 12, Qhais Irfan Razani 11.  Thaqib Umayr Syukran Fadzli 2-13, Sachinu Hettige 2-32.  
Bukit Petaling 135-3 (20.4 over) Sharveen Surendran kekal 52, Syahir Syazani Rani kekal 27, Ruvesh Rathakrishnan 11.  Faris Hilmy Azizudin 2-23.  
Pemain terbaik: Sharveen Surendran (Bukit Petaling).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Bertle Alex James (NS).
 
Parit Jawa kalahkan Gemencheh dengan 160 larian.
Parit Jawa 233-4 (25 over) Amir Haziq Isa 65, Amer Aizad Norhisam kekal 48, Shahrul Ezad Hashim 25, Amirul Albar Anuar Albar 22, Zul Amry Mohdin 21.
Gemencheh 73 (22.2 over) Amir Hakim Kamis 18, Nasrullah Fauzi 17.  Zul Amry Mohdin 2-6, Amer Aizad Norhisam 2-7, Nur Natasya Nazira Nazri 2-9, Amer Aizad Norhisam 2-7, Zahin Mahdhir 2-7.  
Pemain terbaik: Amer Aizad Norhisam (Parit Jawa).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL).
 
Machang kalahkan Pekan dengan 57 larian.
Machang 126-6 (25 over) Wan Haikal Azemi 46, Wan Shahril Nor Azmi 25, Muqri Amran 10.          
Pekan 69 (20.3 over) Iqbal Hanif Ramley 10, Faiz Azri Rahim 10.  Amirul Asyraf Ayob 4-10, Shukran Razali 2-12, Muqri Amran 2-13.
Pemain terbaik: Amirul Asyraf Ayob (Machang).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL) & Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL).
 
JADUAL 27 MEI 2016:
 
PARIT JAWA lwn MACHANG
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
GEMENCHEH lwn KUCHING
(Bayuemas Oval, 2.30 petang)
 
IPOH lwn BAYUEMAS
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
KUALA LANGAT lwn KUALA LIPIS
(Kajang Oval, 2.30 petang)