Kuching atasi juara bertahan dengan tiga wiket

KUALA LUMPUR 25 Mei - Juara bertahan, Parit Jawa menghadapi nasib malang apabila tumbang dengan tiga wiket kepada Kuching dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kajang Oval pada 25 Mei 2016.

Kuching dari Sarawak melepasi angka wakil Johor itu dalam 22.4 over setelah mengumpulkan 132-7.

''Kami bersemangat dengan kemenangan bermakna ini dan akan memastikan menang lagi dalam perlawanan berikut,'' kata penyelaras Kuching, A. Rahman Ibrahim.

Bukit Petaling dari Kuala Lumpur pula tumpas lapan wiket ke atas wakil Selangor, Kuala Langat di Bayuemas Oval, Klang.

Naib juara 2015, Ipoh pula tewas lima wiket kepada Kuala Lipis dari Pahang. Dalam satu lagi perlawanan, Pekan benam Gemencheh dengan sepuluh wiket.

KEPUTUSAN

Kuala Langat kalahkan Bukit Petaling dengan 8 wiket.
Bukit Petaling 139-5 (25 over) Sharveen Surendran kekal 46, Ruvesh Rathakrishnan 26, Syahir Syazani Rani 11.  Amirul Hafiz Abdullah 2-20.
Kuala Langat 140-2 (20.1 over) Azhari Zakari Aidar kekal 59, Syamil Fadzli Shaharuddin kekal 58.  Faris Hussin 2-14..
Pemain terbaik: Azhari Zakari Aidar (Kuala Langat).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
 
Kuala Lipis kalahkan Ipoh dengan 5 wiket.
Ipoh 145-8 (25 over) Akmal Alif Zainal 44, Noor Iskandar Kamal 24, Wan Akil Hakimi Azfariman 16, Amir Aiman Kamaruddin 10.  Fakrul Azid Zahid Maulana 3-19, Shazwan Alif Shafe’i 2-22.
Kuala Lipis 146-5 (23.3 over) Shazwan Alif Shafe’i kekal 30, Amirul Zarfan Raziman 25, Aiman Hamidi 15, Fakrul Azid Zahid Maulana 13.
Pemain terbaik: Shazwan Alif Shafe’i (Kuala Lipis).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).

Pekan kalahkan Gemencheh dengan 10 wiket.
Gemencheh 54 (15.2 over) Iqbal Hanif Ramley 3-3, Safiudin Pujiasto 3-18.
Pekan 55-0 (8.5 over) Aizat Badrul Hisham kekal 22, Iqbal Hanif Ramley kekal 20.
Pemain terbaik: Iqbal Hanif Ramley (Pekan).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
Kuching kalahkan Parit Jawa dengan 3 wiket.
Parit Jawa 131-8 (25 over) Amer Aizad Norhisam 33, Shahrul Ezad Hashim 24, Amir Haziq Isa 17, Harith Azfar Sani kekal 14.  Shukran Faiz Kisnu 2-9, Khairul Azam Essam 2-11.
Kuching 132-7 (22.4 over) Haikal Akmal Aryadi 15, Khairul Azam Essam kekal 14.  Zul Amry Mohdin 3-20.
Pemain terbaik: Khairul Azam Essam (Kuching).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL) & Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL).
 
JADUAL 26 MEI 2016:
 
IPOH lwn KUALA LANGAT
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
BAYUEMAS lwn BUKIT PETALING
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)
 
PARIT JAWA lwn GEMENCHEH
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
MACHANG lwn PEKAN
(Kajang Oval, 1.30 petang)