Machang terlalu garang tumbangkan Gemencheh

KUALA LUMPUR  - Machang memenangi perlawanan kedua dengan selesa apabila membelasah Gemencheh dengan 142 larian  dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 24 Mei 2016.

Dengan angka himpunan berjumlah 194-6, wakil Kelantan itu menghentikan kemaraan Gemencheh dari Negeri Sembilan setakat 52 dalam 16.1 over 

''Kami benar-benar berpuas hati dengan barisan pemukul dan berharap mereka terus melonjakkan kecemerlangan hingga ke babak akhir,'' kata penyelaras Machang, Zainuddin Harun.

Bukit Petaling dari Kuala Lumpur juga memenangi pertemuan kedua apabila mengalahkan Kuala Lipis (Pahang) dengan lapan wiket di Kajang Oval.

Dalam dua lagi pertemuan, Pekan mengatasi Kuching dengan 21 larian manakala Kuala Langat menumbangkan Bayuemas (Selangor) dengan sembilan wiket.

Kejohanan tahunan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji yang diwujudkan sejak 1999 itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia kepada sepuluh pasukan terbaik dalam program pembangunan bawah 12 kendaliannya. 


KEPUTUSAN:

Machang kalahkan Gemencheh dengan 142 larian.
Machang 194-6 (25 over) Wan Ahmad Asyraf Sukri 38, Afkar Aiman Abdullah 28, Afifi Hakimi Ariffin kekal 26, Wan Haizul Azrie Moohamaasming 22.  Nasrif Hafizi Saharudin 3-27. 
Gemencheh 52 (16.1 over) Amir Hakim Kamis 15.  Amirul Asyraf Ayob 3-10, Shukran Razali 2-19.
Pemain terbaik: Amirul Asyraf Ayob (Machang).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Bertle Alex James (NS).

Pekan kalahkan Kuching dengan 21 larian.
Pekan 79 (20.3 over) Iqbal Hanif Ramley 30.  Fatin Nazirah Abdullah 3-4, Fariz Fartullah Nadi 3-18, Iqmal Zulhafix Jamel 2-11.    
Kuching 58 (14 over) Shahrul Idham Shah Inderawan 15.  Iqbal Hanif Ramley 4-8, Faiz Azri Rahim 2-15.  
Pemain terbaik: Iqbal Hanif Ramley (Pekan).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).

Kuala Langat kalahkan Bayuemas dengan 9 wiket.
Bayuemas 70 (19.2 over) Faris Hilmy Azizudin 19, Lokman Nur Hakim Sahar 16.  Azhari Zakari Aidar 3-10, Amirul Hafiz Abdullah 3-14, Najmi Ikmal Hisham 2-7, Ainur Hanani Yatim 2-19.
Kuala Langat 71-1 (12.3 over) Syamil Fadzli Shaharuddin 32, Azhari Zakari Aidar kekal 16.
Pemain terbaik: Azhari Zakari Aidar (Kuala Langat).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL) & Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL).

Bukit Petaling kalahkan Kuala Lipis dengan 8 wiket.
Kuala Lipis 111-5 (25 over) Zuhaimi Zakaria kekal 19, Amirul Zarfan Raziman 16, Shazwan Alif Shafe’i 14, Aiman Hamidi kekal 11, Syafiq Qushairi Shahabudin 11.
Bukit Petaling 115-2 (17.3 over) Sachinu Hettige kekal 35, Sharveen Surendran kekal 20. 
Pemain terbaik: Sachinu Hettige (Bukit Petaling).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
JADUAL 25 MEI:
 
KUALA LANGAT lwn BUKIT PETALING
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
IPOH lwn KUALA LIPIS
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)
 
GEMENCHEH lwn PEKAN
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
PARIT JAWA lwn KUCHING
(Kajang Oval, 1.30 petang)