Parit Jawa bergaya atasi Pekan dalam pembukaan

KUALA LUMPUR - Juara tahun lepas, Parit Jawa dari Johor bergaya dalam aksi pembukaan Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan 35 larian ke atas Pekan di Bayuemas Oval, Klang pada 23 Mei 2016.

Dengan mengumpulkan 123-7 dalam peruntukan maksimum 25 over, Pekan (Pahang) hanya berkemampuan melakukan 88 larian.
 

''Kami melakukan persediaan untuk ke kejohanan ini sejak Januari lagi. Tiada sebab bagi kami untuk melakukan banyak kesilapan dalam pusingan awal,'' kata penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Apapun, finalis pertandingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2015 itu, Ipoh pula kecundang dengan 36 larian apabila bertemu wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling di Kajang Oval.

''Bagi kami, angka 163 larian dikumpulkan lawan terlalu tinggi. Kami mencuba tetapi tidak terdaya,'' kata penyelaras Ipoh, Nor Azlan Shah Redhun.

Dua lagi pertemuan hari pembukaan menyaksikan Bayuemas dari Klang menumpaskan Kuala Lipis (Pahang) dengan dua wiket manakala Machang (Kelantan) terlalu garang membenam Kuching (Sarawak) dengan 95 larian.

KEPUTUSAN

Parit Jawa kalahkan Pekan dengan 35 larian.
Parit Jawa 123-7 (25 over) Zahin Mahdhir 51, Amir Haziq Isa 21, Azri Adlin Adnan 14.  Faiz Azri Rahim 2-15.
Pekan 88 (17.5 over) Aizat Badrul Hisham 13, Iqbal Hanif Ramley 12.  Zahin Mahdhir 3-10, Amirul Albar Anuar Albar 2-6, Nurul Alya Fathiah Zulkefli 2-10. 
Pemain terbaik: Zahin Mahdhir (Parit Jawa).
Pengadil:  Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (SAR).
 
Bayuemas kalahkan Kuala Lipis dengan 2 wiket.
Kuala Lipis 90 (18.5 over) Shazwan Alif Shafe’i 26, Amirul Zarfan Raziman 15.  Faris Hilmy Azizudin 3-25, Qhais Arsyad Razani 2-9, Lokman Nur Hakim Sahar 2-26.
Bayuemas 91-8 (15.5 over) Faris Hilmi Azizudin 41, Thanigeshvaren Mathan 13, Airel Adam 11.  Shazwan Alif Shafe’i 3-22, Hanafi Ghazali 2-2.
Pemain terbaik: Faris Hilmi Azizudin (Bayuemas).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (SAR) & Hafiz Zaman Huri (NS).
 
Bukit Petaling kalahkan Ipoh dengan 36 larian.
Bukit Petaling 163-2 (25 over) Sachinu Hettige kekal 47, Sharveen Surendran 43, Ammar Hisyam 11.
Ipoh 127 (21.4 over) Akmal Alif Zainal 37, Noor Iskandar Kamal 17, Tun Ahmad Zariff Syahmi Zairul Iskandar14, Ikmal Rizal Shahrulaizam 11.  Sachinu Hettige 2-15, Sharveen Surendran 2-15, Ruvesh Rathakrishnan 2-22, Thaqib Umayr Syukran Fadzli 2-31.
Pemain terbaik: Sachinu Hettige (Bukit Petaling).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL) & Zaidan Taha Hasim (KEL)
 
Machang kalahkan Kuching dengan 95 larian.
Machang 183-9 (25 over) Wan Ahmad Asyraf Sukri 52, Amirul Asyraf Ayob 36, Muqri Amran 24, Wan Haikal Azemi 15, Afkar Aiman Abdullah 13.  Fatin Nazirah Abdullah 2-25, Azram Azim Ramli 2-34.
Kuching 88-9 (25 over) Azizul Syukor Sarmizi 21, Haikal Akmal Aryadi 13.  Afifi Hakimi Ariffin 3-17, Muqri Amran 3-21.   
Pemain terbaik: Muqri Amran (Machang).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (KL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
 
JADUAL 24 MEI 2016:
 
MACHANG lwn GEMENCHEH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KUCHING lwn PEKAN
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)
 
BAYUEMAS lwn KUALA LANGAT
(Kajang Oval, 9 pagi)
 
KUALA LIPIS lwn BUKIT PETALING
(Kajang Oval, 1.30 petang)