Empat muka baharu barisi majlis Kriket Melayu

KUALA LUMPUR - Empat muka baharu dipilih menganggotai majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia dalam sesi pemilihan kepemimpinan pertubuhan itu di Bayuemas Oval, Klang pada 15 Mei 2016.

Empat muka baharu yang dipilih sebagai ahli majlis biasa musim 2016-18 sempene persidangan agung tahunan Kriket Melayu ialah Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin, Syukran Fadzli Mazlan, Nora Tarmizi dan Dr. Johari Ibahim. Dua lagi ialah muka lama Mohidin Hashim dan Khailani A, Jalil.


Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menang tanpa bertanding sebagai Yang Dipertua. Turut sama kekal ialah timbalannya, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob.
'
Tokoh pendidikan terkenal, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dan arkitek Datuk Mir Shahariman Shaharuddin juga menang jawatan Naib Yang Dipertua tanpa ditandingi.

Seramai 40 ahli menyertai persidangan agung tahunan itu yang turut membincangkan program pembangunan hebat persatuan itu.

MAJLIS KRIKET MELAYU 2016-18:

Yang Dipertua: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Timbalan Yang Dipertua: Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob
Naib Yang Dipertua: Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin, Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.
Setiausaha Agung: Rosmanizam Abdullah
Setiauaaha Kewangan: Datuk Seri Abdul Azim Zabidi
Timbalan Setiauaaha Agung: Sham Jalil, M. Najib Hassan
Timbalan Setiausaha Kewangan: Nik Anuay Abdullah
Ahli Majlis Biasa: Mohidin Hashim, Khailani A. Jalil, Dr. Zainal
Fitri Zainal Abidin, Syukran Fadzli Mazlan, Nora Tarmizi, Dr. Johari Ibahim
Juruaudit Dalam: Shamri Shamsul Anuar, Bazli A. Rahman