Ahmad Sarji terus terajui Kriket Melayu

KUALA LUMPURi - Enam jawatan Ahli Majlis Biasa dipertandingkan dalam Persidangan Agung Tahunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Klang 15 Mei 2016  ini.

Ketua Pengawas Undi Kriket Melayu, Mohsain Hashim mengumumkan sepuluh ahli telah mengemukakan borang pencalonan bagi merebut enam jawatan itu. 
 

''Saingan ini pasti mencabar kerana pertandingan kali terakhir berlangsung pada persidangan tahun 2006,'' katanya sewaktu pencalonan ditutup petang 8 Mei.

Semua jawatan utama Kriket Melayu telah dimenangi tanpa bertanding.

Yang dipertua kekal disandang oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Timbalan yang dipertua ialah Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob manakala dua jaswatan naib yang dipertua kekal dipegang oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dan Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.

Setiausaha Kewangan dipertanggungjawabkan kepada Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi. Jawatan setiausaha agung, timbalan setiausaha dan timbalan setiausaha kewangan juga kekal disandang oleh 'orang lama'.

SENARAI CALON AHLI MAJLIS BIASA:
(Enam jawatan sahaja)

Mohidin Hashim
Alwi Zaman
Rusli Asri
Khailani A. Jalil
Fairus Shafie
Nora Tarmizi
Dr. Johari Ibahim
Ir. Dr. Zainal Fitri Zainal Abidin
Syukran Fadzli Mazlan
Zarina Tan Yusop Tan