UKM A menang empat wiket untuk kekal juara

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia A (UKM A) mempertahankan kejuaraan saingan kriket UKM Twenty20 apabila menumbangkan UKM B dengan empat wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 8 Mei 2016. 

Dengan hanya mengumpulkan 88 larian, UKM A mudah mengatasi angka berkenaan dalam 18.2 over.

Dalam penentuan ketiga juga di Bayuemas Oval, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menumbangkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 40 larian.

Kejohanan tahunan anjuran UKM dengan kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia dianjurkan sejak tahun 2008.

KEPUTUSAN:

PENENTUAN KETIGA
Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 40 larian.
UiTM 129-8 (20 over) Irfan Ruzdi kekal 31, Mahathir Razali 17, Ainool Hafizs Yatim 16, Rizuan Jusoh 15.  Mahsin Saifullah 3-16.
UIA 89 (13.5 over) Shahriar Hasan 45, Md. Wasiuddin Pathan 12.  Ainool Hafizs Yatim 3-15, Khairul Izuan Razman 2-0, Mahathir Razali 2-18, Irfan Ruzdi 2-30.
Pemain terbaik: Irfan Ruzdi (Universiti Teknologi Mara).
 
BABAK AKHIR
Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia B dengan 4 wiket.
UKM B 88 (19.1 over) Shafiq Sharif 24, Fauzan Malik 21. Winifred Anne Duraisingam 3-12, Fitri Sham 2-18, Hameedur Rahman 2-21, Anwar A. Rahman 2-23.
UKM A 92-6 (18.2 over) Noor Afif Saufee 28, Fikri Makram Rosdi 24, Azman Tajri 18. Adam Zulkifli 2-12, Fauzan Malik 2-22, Amiruddin Azahar 2-31.  
Pemain terbaik babak akhir: Winifred Anne Duraisingam (UKM A).
Pemain terbaik kejohanan: Anwar A. Rahman (UKM A).