UKM A berentap dengan UKM B dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia A (UKM A) akan bertemu UKM B dalam perlawanan akhir saingan kriket UKM Twenty20 di Bayuemas Oval, Klang 8 mEI 2016.

Berikutan kemenangan besar kedua-dua pasukan dalam separuh akhir; juga di Bayuemas Oval pada 7 Meii, UKM A dan UKM B bakal mengulangi aksi dalam babak akhir seperti tahun lepas.

Dalam separuh akhir pertama, UKM A menumbangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan lapan wiket. Selepas itu, kejayaan besar dicipta UKM B apabila membaham Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 99 larian.

''Kami sudah menjangka pertemuan sesama sendiri lagi tahun ini. Saya juga mengarahkan jurulatih kontrak kami dari Australia Vivian Paver agar tidak mencampuri urusan perlawanan akhir dan perlu duduk di galeri penonton sahaja.

''Saya mahu pemain dan kapten masing-masing merancang corak sendiri,'' kata Pengarah Pusat Sukan UKM, Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Muhamad.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 8 wiket.
UiTM 69 (18.1 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 13, Afnan Ghazali kekal 12, Mahathir Razali 12.  Anwar A. Rahman 2-8, Winifred Anne Duraisingam 2-13, Fitri Sham 2-17.
UKM A 70-2 (9.4 over) Fikri Makram Rosdi kekal 33, Noor Afif Saufee 27.
Pemain terbaik: Winifred Anne Duraisingam (UKM A).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 99 larian.
UKM B 170-4 (20 over) Shafiq Sharif 52, Adam Zulkifli 43, Norhamizan Hamidon 31.  Hasan Ali Khan 2-36.
UIA 71 (16.5 over) Faizullah Faizan 15, Md. Golam Kibria 14.  Adam Zulkifli 3-11, Nasiruddin Mazlan 2-13, Nik Nabil Safwan Anuay 2-17.   
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (UKM B).
 
JADUAL 8 MEI 2016:

PENENTUAN KETIGA
UiTM lwn UIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
BABAK AKHIR
UKM A lwn UKM B
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)