Persatuan tidak perlu disatukan - Rosmanizam
Tuesday, 15 September 2009 10:28
LIMA soalan yang dikemukakan kepada Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah yang kemudian dilaporkan dalam Mingguan Malaysia pada 6 September 2009.
Jawapan Rosmanizam ini adalah sebagai susulan kepada cadangan sensitif Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mahu badan-badan jenis sukan sama (juga berlatarbelakangkan kaum) bersatu dalam sebuah persatuan sahaja.
SOALAN 1:
Apa pandangan saudara tentang cadangan KBS agar persatuan jenis sukan sama disatukan?
Kementerian Belia dan Sukan menerusi menterinya telah membangkitkan cadangan penyatuan menerusi tema 1Malaysia ini boleh diperkembangkan menjadi banyak maksud.
Antaranya tujuan penyatuan sukan yang sama ini tentunya bagi memastikan tenaga kepegawaian hasil penggabungan ini dapat menggerakkan kegiatan dengan lebih perkasa. Dan ia juga boleh memastikan dana persatuan dapat dipertingkatkan dalam penyatuan ini.

Tetapi pertubuhan sukan berasaskan kaum juga tidak kurang pentingnya jika dilihat dari sudut positif. Penyatuan komitmen dalam pembangunan sukan dalam kaum-kaum tertentu menjanjikan aksi yang lebih mencabar untuk diketengahkan ke mana-mana saingan peringkat kebangsaan yang meliputi pelbagai kaum berbangsa Malaysia.
Apakah wujud persengketaan atau unsur yang tidak baik dalam mana-mana acara sukan di Malaysia yang berlatarbelakangkan kaum? Untuk semua yang memahami sukan, atlet atau anggota sukan tidak pernah bersaing dengan diiringi sikap perkauman. Mereka sentiasa bertarung dengan amalan semangat kesukanan.
SOALAN 2:
Tema 1Malaysia menjadi asas kepada cadangan ini. Adakah ia sesuai untuk dilaksanakan dalam pembangunan sukan negara?
Sebagai ulasan ringkas, saya berpandangan bahawa segala penumpuan ke arah pembangunan sukan negara termasuk peruntukan-peruntukan yang wujud Akta Pembangunan Sukan sentiasa mengutamakan Sukan Untuk Negara.
Tema 1Malaysia, saya yakin, sentiasa mengiringi semangat atlet berbangsa Malaysia daripada pelbagai kaum di negara ini.
SOALAN 3:
Kriket misalnya mempunyai persatuan kriket Melayu tetapi tidak mempunyai Cina dan India. Adakah sukar untuk bekerjasama dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) jika disatukan?
Persatuan Kriket Melayu Malaya diwujudkan pada tahun 1950 adalah untuk membolehkanya orang-orang Melayu turut sama bergiat dalam sukan kriket setelah hanya dikuasai oleh orang-orang Inggeris ketika itu.
Jadi orang-orang Melayu ini menganjurkan beberapa kejohanan tempatan hanya untuk orang Melayu dan kadangkala membuat lawatan sosial ke luar negara sama ada di Thailand atau ke Hong Kong. Tahniah kepada mereka kerana ada juga beberapa pemain Melayu yang dapat membarisi pasukan negara dan negeri berikutan keaktifan Kriket Melayu ketika itu. Itu pun tidaklah ramai.
Tetapi apabila Persatuan Kriket Melayu Malaysia diwujudkan pada 1992, tumpuan utama ialah untuk memastikan sukan kriket bukan sahaja untuk menjadi popular di negara ini tetapi pencapaiannya tinggi di peringkat antarabangsa.
Kriket Melayu memastikan pembangunan peringkat bawah 12 tahun menyerap ke kampung-kampung di seluruh negara dan buat masa ini memiliki 22 pusat di serata tempat yang merangkumi pelbagai kaum dan tidak hanya dikhususkan kepada orang Melayu. Kriket Melayu melakukan pembangunan untuk semua kaum.
Daripada pembangunan bawah 12 ini, mereka yang berprestasi baik akan diserapkan ke Projek Kriket Nasional -- Pembangunan Menengah di bawah kejurulatihan jurulatih luar negara antaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, SMK Victoria Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Di sinilah dikumpulkan mereka yang berkebolehan untuk diasah lagi keberkesanan permainan dengan tunjuk ajar jurulatih asing.
Kemudian mereka yang berprestasi tinggi akan terus diserapkan dalam Program Prestasi Tinggi di Institusi Pengajian Tinggi yang dikendalikan oleh Kriket Melayu. Persatuan ini memulakan projek dari peringkat akar umbi hinggalah kesinambungannya di peringkat varsiti untuk menampung keperluan dalam membangunkan sukan di negara ini.
Pasukan bawah 15 tahun, bawah 17 dan bawah 19 Malaysia bukan sahaja 80 peratus daripada kumpulan projek Kriket Melayu ini tetapi kadangkala 90 atau 100 peratus.
Pemain-pemain projek ini diserahkan kepada Persatuan Kriket Malaysia untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa tanpa sebarang masalah.
Barang diingat bahawa penyertaan pemain dalam pembangunan Kriket Melayu baik program bawah 12 atau pembangunan peringkat menengah hingga pusat prestasi tinggi di IPTA adalah untuk semua kaum berbangsa Malaysia. Tetapi penyertaan anak-anak Melayu memang ramai berpandukan pembangunan menjalar ke desa dan kawasan pedalaman seperti di Kuala Krai (Kelantan), Kerambit dan Chini di Pahang.
Ini merupakan suatu tanggungjawab nasional oleh Kriket Melayu dan segala kegiatan yang dilaksanakan dalam program pembangunan kriket di negara ini tidak dapat disempurnakan oleh Persatuan Kriket Malaysia atas sebab-sebab tertentu.
SOALAN 4:
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara terbaik atau kekalkan sahaja dengan apa yang ada sekarang?
Buat masa ini, saya tidak nampak sebarang alasan untuk melakukan tindakan tergesa-gesa. Perlu juga KBS atau menteri meminta pandangan Panel Penasihat Sukan mengenai perancangan penyatuan ini. Saya khuatir penyatuan boleh mewujudkan krisis yang lebih besar. Ada persatuan 'utama' lebih daif dan tidak teratur kepemimpinannya dan mereka ini juga enggan bertolak ansur.
SOALAN 5:
Ke arah mana sukan negara kita sebenarnya hendak dibawa? Harapan saudara kepada KBS.
Saya amat menarik dengan idea untuk menjadikan sukan sebagai satu industri. Kita juga perlu berubah sikap. Pastikan ibu bapa serius untuk memastikan anak-anak bergiat dalam sukan di samping tekun dalam akademik. Saya juga seronok dengan perancangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memastikan guru-guru aktif semula dalam sukan.
Buat peringkat awal, KBS perlu lebih rajin memastikan sukan menjadi agenda penting agar aktiviti 'persaingan dalam sukan' menjadi keutamaan golongan remaja dan belia. Ringkasnya, budaya sukan perlu menjadi keutamaan terlebih dahulu. Kita perlu mulakan sekarang... baru sukan boleh menjadi industri.