UiTM lawan UKM A dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia menampilkan dua pasukan untuk berentap dalam separuh akhir saingan kriket UKM Twenty20 pada 7 Mei setelah kedua-dua pasukan menduduki tangga paling atas kumpulan masing-masing.

UKM B yang terdahulu layak setelah menamatkan permainan pusingan awal pada 5 Mei, akan menentang Universiti Islam Antarabangsa.


UKM A pula masih mengetuai kumpulan A walaupun perlawanan di Kinrara Oval pada 6 Mei menentang Segi University College berkesudahan tanpa keputusan kerana hujan lebat.

UKM A akan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu lagi pertemuan separuh akhir. Semua perlawanan di Bayuemas Oval, Klang.

KEPUTUSAN:

Universiti Teknologi Mara kalahkan Lincoln College of Technology dengan 46 larian.
UiTM 122 (20 over) Ainool Hafizs Yatim 44, Zubair Asyraf Nor Azmi 21, Mahathir Razali 17, Rizuan Jusoh 15.  Md. Ripan Mia 2-21, Razon Mia 2-30.
Lincoln College  76 (17.4 over) KM Anisur Rahman 24, Salim Shajan 19.  Irfan Ruzdi 3-12, Mahathir Razali 2-11.
Pemain terbaik: Ainool Hafizs Yatim (UKM).

Sunway University College kalahkan Universiti Multimedia Melaka dengan 75 larian.
Sunway University College 136-4 (20 over) Hannan Raza Kadir 45, Syed Lubaab Rahman kekal 38, Koji Chua Jian Hao 20, Syed Saad Ali Mir kekal 13.   
Universiti Multimedia Melaka 61 (11.4 over) Md. Asif Mustaba 12, Adnan Aslam 10.  Hannan Raza Kadir 4-16, Mohsin Raza 2-16, Muhammad Ahsan 2-1.
Pemain terbaik: Hannan Raza Kadir (Sunway).

Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Asia Pacific University dengan 5 wiket.
Asia Pacific University 56 (15.2 over) Nik Nazran Sufri Anuay 10.  Mahsin Saifullah 3-7, Md. Nurul Amin Rahaman 3-11.
Universiti Islam Antarabangsa 60-5 (9.2 over) Md. Golam Kibria 29, Aadil Ahmed Sulthan Feroze 19.  Hafiz Malek 2-7, Nik Nazran Sufri Anuay 2-13.
Pemain terbaik: Mahsin Saifullah (UIA).

Perlawanan antara Universiti Kebangsaan Malaysia A dengan Segi University College tiada keputusan kerana hujan lebat.
 
JADUAL 7 MEI - SEPARUH AKHIR

UKM A lwn UiTM
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
UKM B lwn UIA
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)