Universiti Kebangsaan B layak ke separuh akhir

KUALA LUMPUR  - Universiti Kebangsaan Malaysia B memenangi kedua-dua perlawanan dalam saingan kriket UKM Twenty20 di Kinrara Oval pada 5 Mei untuk layak bersaing dalam separuh akhir 7 Mei 2016.

Dalam pertemuan 5 Mei, UKM B membaham Sunway University College dengan sepuluh wiket. Dalam satu lagi perlawanan, finalis tahun lalu itu menundukkan Universiti Teknologi Mara dengan 40 larian.


Juara bertahan, UKM A pula akan berentap dengan Segi University College 6 Mei bagi menentukan juara kumpulan A.

Pengurus UiTM, Nor Aidil Latiff yang ternyata kecewa dengan prestasi pasukannya hari ini berharap pertemuan dengan Lincoln College dalam pertemuan akhir kumpulan B akan memberikan kelebihan kepada pasukannya.

''Saya dan jurulatih dari Sri Lanka, Chamath Perera amat kecewa dengan persembahan hari ini. Kami dapati ramai pemain kaku di lapangan tengah,'' katanya.

KEPUTUSAN:
 
Segi University College kalahkan Asia Pacific University dengan 37 larian.
Segi University 122-6 (20 over) AL Pushpitha kekal 36, Nabil Anuer 20, Ilzam Mishta 13.  Amirul Zubair Zulkifle 2-19.
Asia Pacific University 85 (18.2 over) Hasham Touseef 21, Azwar Tajri 17, Hadi Halem 15.  Mirza Ibrahim 3-13, Amith Thekethra 2-10, Ethesham Aziz 2-13, Rashard Doole 2-20.
Pemain terbaik: AL Pushpitha (Segi).

Lincoln College of Technology kalahkan Universiti Multimedia Melaka dengan 10 wiket.
Universiti Multimedia Melaka 66 (16.1 over) Adnan Aslam 31.  Md. Ripan Mia 5-15, Salim Shajan 3-14, M. Haider Ali 2-9.
Lincoln College 67-0 (10.4 over) M. Haider Ali kekal 43, Ashiqul Haque 22.
Pemain terbaik: Md. Ripan Mia (Lincoln).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 40 larian.
UKM B 112-6 (20 over) Mahadi Muda 24, Nasiruddin Mazlan kekal 23, Adam Zulkifli 18, Amiruddin Azahar 18.  Nik Hasyim Muhammad 3-19, Mahathir Razali 2-23.
UiTM 72-8 (20 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 27, Mahathir Razali 11.  Nik Nabil Safwan Anuay 2-5.
Pemain terbaik: Mahadi Muda (UKM B).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Sunway University College dengan 10 wiket.
Sunway University College 15 (8.2 over) Syed Lubaab Rahman kekal 12.  Nik Nabil Safwan Anuay 5-5, Mahadi Muda 3-9, Nasiruddin Mazlan 2-0.
UKM B 16-0 (1 over) Norhamizan Hamidon kekal 14.   
Pemain terbaik: Nik Nabil Safwan Anuay (UKM B).

JADUAL 6 MEI

UiTM lwn LINCOLN COLLEGE
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
SUNWAY UNIVERSITY lwn MMU MELAKA
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)
 
UIA lwn ASIA PACIFIC UNI.
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
UKM A lwn SEGI UNIVERSITY
(Kinrara Oval, 1.30 petang)