UiTM menang dua perlawanan hari kedua

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempamerkan aksi meyakinkan untuk memenangi kedua-dua perlawanan pada hari kedua saingan kriket UKM Twenty20 di Bayuemas Oval,  4 Mei 2016.

Dalam perlawanan awal pagi, UiTM menewaskan Sunway College dengan empat wiket manakala pada sesi petang, pasukan itu menumbangkan Universiti Multimedia Melaka dengan enam wiket.


''Kami memiliki dua lagi baki perlawanan dan menang satu sudah cukup untuk ke separuh akhir,'' kata pengurus UiTM, Nor Aidil Latiff.

Universiti Kebangsaan Malaysia A pula mengatasi Universiti Islam Antarabangsa dengan tiga wiket manakala UKM B membaham Lincoln College dengan 46 larian.

''Kami berharap kedua-dua pasukan UKM A dan B mampu mengetuai kumpulan masing-masing untuk mara lebih jauh,'' kata Pengarah Pusat Sukan UKM, Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Muhamad.

KEPUTUSAN:

Universiti Teknologi Mara kalahkan Sunway University College dengan 4 wiket.
Sunway University College 91 (17.2 over) Syed Lubaab Rahman 49, Syed Saad Ali Mir 10.  Rasul Iqbal Ghazali 4-6, Mahathir Razali 2-16, Ainool Hafizs Yatim 2-21.
Universiti Teknologi Mara 92-6 (16.1 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 25, Ainool Hafizs Yatim 24, Faeiz Redzuan Tarmizi kekal 10.  Taufiq Rahman 2-16.
Pemain terbaik: Ainool Hafizs Yatim (UKM)

Universiti Teknologi Mara kalahkan Universiti Multimedia Melaka dengan 6 wiket.
Universiti Multimedia Melaka 63 (13.2 over) Syed Fahmidul Huq 23, Md. Asif Mustaba 15.  Mahathir Razali 4-15, Ainool Hafizs Yatim 2-8.  
Universiti Teknologi Mara 64-4 (8.3 over) Zubair Asyraf Nor Azmi kekal 26.  Md. Asif Mustaba 4-16.
Pemain terbaik: Mahathir Razali (Universiti Teknologi Mara).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Lincoln College of Technology 46 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 107-9 (20 over) Adam Zulkifli 35, Norhamizan Hamidon 15. Mohamad Haider Ali 4-12, Ashiqul Haque 3-18.
Lincoln College of Technology 61 (15.5 over) Salim Shajan 16, Islam Md. Sahariar 15.  Adam Zulkifli 3-16, Amiruddin Azahar 2-8, Nik Nabil Safwan Anuay 2-8, Fauzan Malik 2-17.
Pemain terbaik: Adam Zulkifli (UKM A).

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 3 wiket.
Universiti Islam Antarabangsa 119-8 (20 over) Hasan Ali Khan 38, Shahriar Hasan Shuvo bersara 38, Aadil Ahmed Sulthan Feroze 17.  Anwar A. Rahman 6-19.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 120-7 (19.4 over) Che Wan Razlan Zalati kekal 28, Fikri Makram Rosdi 17, Azman Tajri 17. Faizullah Faizan 2-24.
Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (UKM A).

JADUAL 5 MEI 2016:

ASIA PACIFIC UNIVERSITY lwn SEGI UNIVERSITY
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
MMU MELAKA lwn LINCOLN COLLEGE
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)
 
UKM B lwn UiTM
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
UKM B lwn SUNWAY UNIVERSITY
(Kinrara Oval, 1.30 petang)