Sri Lanka kekal juara atasi Afrika Selatan dengan 60 larian
Sunday, 10 April 2016 21:25
KUALA LUMPUR - Sri Lanka kekal sebagai juara Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus menyimpan Trofi Tuanku Ja'afar bagi tahun kesepuluh apabila membenam Afrika Selatan dengan 60 larian di Bayuemas Oval pada 10 April 2016.
Ternyata percaturan Afrika Selatan mengarahkan Sri Lanka memukul terdahulu setelah memenangi undian membawa 'berita buruk'.
Sri Lanka menamatkan peruntukan 40 over dengan mengumpulkan 233 larian untuk tujuh wiket dengan pemukul kelima Avishka Tharindu mengetuk 72 tanpa tewas.
Afrika Selatan cuba bangkit selepas sajian tengah hari menerusi Lehan Botha (38 larian), Francois Joubert (32) dan Ruan Terblanche (31) tetapi gagal melepasi angka tinggi itu. Afrika Selatan menamatkan pukulan setakat 173 larian dalam 39.4 over.
''Kami bersaing dengan Afrika Selatan yang gagah kali ini. Pemukul awal amat menggerunkan tetapi selepas jatuhan wiket mereka, keadaan seperti biasa,'' kata Setiausaha Agung Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, Dilshan de Silva.
KEPUTUSAN BABAK AKHIR:
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 60 larian.
Sri Lanka 233-7 (40 over) Avishka Tharindu kekal 72, Shevaan Rassool 39, Manisha Perera 29, Shamaaz Mohamed 24, Kavindu Nadeeshan 19, Kamil Mishara 11. Uthmaan Abrahams 3-29, Aidan Rooke 2-36, Jan Nicol Loftie-Eaton 2-53.
Afrika Selatan 173 (39.4 over) Lehan Botha 38, Francois Joubert 32, Ruan Terblanche 31, Aidan Rooke 23, Matthew Kaiser 16, Ethan Nates 15. Janidu Wathsala 3-34, Yasiru Arachchi 2-27, Kavindu Nadeeshan 2-27.
Pemain terbaik babak akhir: Avishka Tharindu (Sri Lanka).
Pemain terbaik kejohanan: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
Referi perlawanan: A. Salim Hussin (JOH).