Melayu Malaysia kekal di tangga keempat

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kekal di tangga keempat seperti tahun lepas apabila tumpas enam wiket kepada India dalam babak penentuan ketiga Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 9 April 2016.

Dengan aksi memadang serba tidak mengena dan gagal dalam enam tangkapan, Melayu Malaysia tersungkur dalam 38 over permainan setelah terdahulu mengumpulkan 147 ketika memukul.


''Tiga pemain juga dilanda kecederaan merupakan antara ketegangan yang melanda tuan rumah. Apa pun kami terpaksa berpuas hati di tempat keempat sahaja,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim.

Dalam penentuan kelima, Bangladesh menewaskan Thailand dengan tujuh wiket di Kinrara Oval.

Babak akhir antara juara bertahan, Sri Lanka dengan Afrika Selatan berlangsung 10 April juga di Bayuemas Oval.

Perebutan Trofi Tuanku Ja'afar itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004.

KEPUTUSAN

India kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 wiket.
Melayu Malaysia 147 (40 over) Nashrullah Saleh 35, Vishvaruben Kumar 31, Nur Ainoll Aziz 15, Aidil Iman Yahaya 13.  Manit Panchal 3-34, Suryansh Shedge 2-19, Jash Dedhia 2-23.
India 148-4 (38 over) Aditya Dev 40, Suryansh Shedge 31, Aaradhya Shinde kekal 28, Ketan Alshi 23, Bramha Pawar kekal 14.
Pemain terbaik: Aditya Dev (India).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rosman Zakaria (KED).
Referi perlawanan: A. Salim Hussin (JOH).
 
Bangladesh kalahkan Thailand dengan 7 wiket.
Thailand 29 (13.4 over) Mohammad Robiul Hasan Riyad 7-9, Mekail Alam Rabbi 2-1.      
Bangladesh 30-3 (15.1 over) Md. Emran Hossan Emon 12.  Payuputh Sungnard 3-15.  
Pemain terbaik: Mohammad Robiul Hasan Riyad (Bangladesh).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Rudy Ismandi Mansor (KL).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
JADUAL 10 APRIL 2016:
 
BABAK AKHIR
SRI LANKA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)